Najib kemuka permohonan batal sabitan SRC International

Najib kemuka permohonan batal sabitan SRC International

Datuk Seri Najib Razak hari ini mengarahkan pasukan peguamnya untuk membuat permohonan membatalkan sabitan kes penyelewengan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Ini kerana hakim yang terbabit dalam menjatuhkan hukuman terhadapnya pada Julai 2020, Datuk Mohd Nazlan pernah menjawat jawatan setiausaha syarikat dan ketua penasihat undang-undang Kumpulan Maybank pada 2012.



Hakim itu gagal mendedahkan peranan beliau dalam pinjaman yang dilakukan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada Maybank bagi pengambilalihan Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd (Tanjong).

Menurut Najib, beliau telah mengarahkan peguamnya yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengemukakan permohonan tersebut dalam masa terdekat.

“Bukti-bukti baharu berkaitan permohonan ini juga akan dikemukakan. Huraian lanjut akan di perincikan oleh pasukan peguam saya,” katanya di lobi Mahkamah Jalan Duta, di sini, hari ini.

Lebih RM4 bilion pinjaman Maybank diberikan kepada 1MDB untuk pengambilalihan Tanjong yang melalui pelbagai proses, jawatankuasa risiko dan keseluruhan lembaga (Lembaga Pengarah Maybank).



Salah seorang ahli jawatankuasa yang mendapat arahan adalah Mohd Nazlan selaku Ketua Undang-Undang, Penasihat Undang-Undang Kumpulan Maybank dan Ketua Bahagian Korporat Dan Undang-Undang Undang Kumpulan Maybank.

Pada 28 Julai 2020, Mohd Nazlan mensabitkan dan mengenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mahkamah mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International.

Pada 8 Disember tahun lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama-sama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera menolak rayuan Ahli Parlimen Pekan itu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. MG

Najib kemuka permohonan batal sabitan SRC International




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘119 Tak Dapat Sekarang, Boleh Cuba Tekan Butang’ – Najib



Elaun Pengerusi GLC RM1 juta sebulan, saya fikir melampau

Netizen Tegur Sarah Hildebrand Selamba Belanja Foto Pakai Coli Dengan Boxer Di IG



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker