Kartel daging seludup: SPRM tahan dua pegawai MAQIS Johor

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor hari ini kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah berhubung aktiviti penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Menurut sumber, kedua suspek masing-masing berusia 27 dan 31 tahun ditahan di pejabat SPRM Johor, kira-kira 11 malam tadi.

Pengarah SPRM Johor Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.



Beliau memaklumkan kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini untuk permohonan reman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker