Kerana tayar warga emas dibunuh mayat disembunyi dalam but kereta


SEMUA hanya kerana kes jual beli tayar yang bernilai RM1,100. Hanya kerananya warga emas dibunuh dan mayatnya pula disembunyikan dalam but kereta.

Mayat itu mangsa berumur 70 tahun itu ditemukan oleh polis dalam but kereta berkenaan di Jalan Wawasan 5/2, Taman Wawasan Kuala Lumpur malam tadi.

Perkara itu disahkan oleh Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed yang mana Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dipanggil untuk mengumpil but kereta tempat mayat mangsa dijumpai.

Menurut beliau warga emas itu dilaporkan hilang sejak 31 Disember lalu dan susulan laporan kehilangannya, seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan di sebuah pasar raya dekat Kuala Klawang, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu.

Sementara itu memetik laporan BH Online. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal memberitahu siasatan awal polis percaya kejadian berpunca daripada isu jual beli tayar dianggarkan bernilai RM1,100.

Katanya, ini berdasarkan laporan polis oleh keluarga mangsa berhubung kehilangan warga emas itu pada Jumaat dan Sabtu lalu di Balai Polis Ara Damansara.

“Keluarganya memaklumkan kepada polis bahawa kad kredit milik mangsa digunakan suspek. Hasil siasatan, kita dapati kad kredit mangsa digunakan di sebuah kedai serbaneka di Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

“Kita kemudian berjaya mengesan dan menangkap suspek di sebuah lokasi di Kuala Klawang pada hari sama laporan kedua diterima,” katanya kepada pemberita di lokasi, tengah malam tadi.

Tayar tercabut dari lori treler bunuh mekanik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker