Pelaburan asing di Malaysia terus berkurangan



Sebaran :


NEGARA terus mengalami kemeruduman dalam pelaburan asing apabila beberapa syarikat luar termasuk automotif jenama Hyundai.

Ini kerana syarikat pengeluar kenderaan dari Korea Selatan itu dilapor memindahkan memindahkan ibu pejabat (HQ) Asia Pasifiknya ke Indonesia bermula tahun ini.

Hal demikian menyebabkan negara jiran menerima antara jumlah pelaburan yang cukup penting, sementara Malaysia pula tidak mendapat faedah daripada pemindahan pelaburan itu.



“Tahun 2015, Hyundai buka HQ dan pusat latihan Asia Pasifik bagi 33 buah negara di Kuala Lumpur. Tahun 2021, Hyundai pindah HQ Asia Pasifik ke Indonesia. Semua staff di Malaysia hilang kerja.

“Tahun lepas, negara Indonesia telah tarik pelaburan asng yang amat besar dari industri automotif.

“Hyundai melabur RM4.02 bilion, Toyota (RM8.04 bilion), Syarikat bateri CATL (RM20.09 bilion), Syarikat LG Chem (RM39.37 bilion).



“Malaysia tak dapat satu sen pun.”

Demikian pendedahan dibuat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulas pelabur asing yang menarik balik pelaburan mereka di negara ini.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu 2016 dan 2017 adalah kali terakhir Malaysia menerima pelaburan penting dalam industri automotif.



Ia melibatkan kerjasama dengan Proton yang menyumbang kepada pengeluaran kereta model baharu seperti X70 dan X50.

“Kali terakhir Malaysia menerima pelaburan signifikan dari industri automotif ialah pada tahun 2016 dan 2017 apabila Geely dan Volvo membuka HQ untuk rantau ASEAN di negara kita,” katanya. SM


Sebaran :


Leave a Reply