Along suka bakar rumah didakwa di mahkamah

Along suka bakar rumah didakwa di mahkamah

Muar: Pengutip hutang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, tadi, atas dua pertuduhan membakar rumah dan kereta mangsa yang dipercayai gagal melunaskan pinjaman dalam kejadian di Tangkak, bulan lalu.

Tertuduh, Zaza Putra Roslan, 32, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suainbon.



Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh bersama yang lain melakukan khianat dengan membakar kereta milik seorang wanita berusia 43 tahun di Jalan Wawasan 2/1, Taman Wawasan 2, Tangkak, 3.30 pagi, 28 Mac lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia bersama yang lain melakukan khianat dengan membakar rumah milik lelaki berusia 39 tahun, di Jalan Wawasan 1, Taman Wawasan, jam 4.30 pagi pada tarikh sama.

Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 435 dan 436 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Seksyen 435 memperuntukkan hukuman penjara selama 14 tahun dan juga denda manakala Seksyen 436, dipenjara sehingga 20 tahun serta denda.



Berdasarkan laporan polis, tertuduh diminta individu supaya mengutip hutang daripada kedua-dua mangsa kerana belum melunaskan pinjaman dibuatnya.

Bagaimanapun, selepas beberapa kali gagal menuntut hutang, tertuduh bersama beberapa yang lain bertindak membakar rumah dan kereta mangsa.

Kejadian itu menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami kerugian selepas kereta dan rumah terbakar.

Dua laporan polis dibuat kedua-dua mangsa di Balai Polis Tangkak dan tertuduh berjaya ditahan beberapa hari kemudian.



Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sulehan Abd Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan ikat jamin paling tinggi berdasarkan kesalahan dilakukan serta menetapkan satu tarikh berikutan pengakuan tidak bersalah tertuduh.

Selepas mendengar hujahan itu, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 27 Mei ini untuk sebutan semula kes, serahan dokumen dan juga lantikan peguam. HM

Along suka bakar rumah didakwa di mahkamah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini



‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)

Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan



Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker