Konflik kepentingan, Najib minta hakim 1MDB tarik diri

 

Sebaik sahaja perbicaraan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) RM2.28 bilion bermula, peguam bela utama, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan mahkamah bahawa mereka berhasrat untuk memohon agar Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Collin Lawrence Sequerah menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan itu.

Ia berikutan pendedahan yang dibuat oleh Hakim Sequerah semalam yang menyatakan bahawa beliau pernah bekerja di firma guaman yang sama, Zain & Co. bersama-sama bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan.



Wanita itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk siasatan selepas PDRM tamat mengambil keterangan.

Terdahulu, Muhammad Shafee yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu mahkamah, permohonan rasmi berhubung perkara itu akan difailkan dalam masa terdekat.

“Saya baru berkesempatan untuk berbincang dengan anak guam saya (Najib) pagi ini. Tetapi kami sedang mempertimbangkan untuk memfailkan permohonan agar Yang Arif menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan ini.

“Pendedahan yang dibuat oleh Yang Arif semalam agak mengejutkan saya dan anak guam saya. Nama Jasmin Loo telah disebut sebanyak 656 kali sepanjang 167 hari perbicaraan.



“Tidak kira sama ada Jasmine Loo akan dipanggil memberi keterangan atau tidak, tetapi (fakta) bahawa Yang Arif pernah menjadi rakan kongsi dalam firma guaman yang sama merupakan satu alasan yang membolehkan Yang Arif untuk mempertimnbangkan untuk menarik diri,”kata Muhammad Shafee.

Mendengar perkara itu, Hakim Sequerah memaklumkan beliau akan menguruskan (dealt with it) apabila tiba masanya (permohonan rasmi difailkan).

Perbicaraan kemudian bersambung dengan Muhammad Shafee menyoal balas saksi pendakwaan ke-44, bekas pegawai bank BSI Bank Ltd., Singapura, Kevin Micheal Swampillai

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?



Isteri nak buat kejutan

Dato Malik bebas dengan jaminan



Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker