Hentikan kegilaan ini, Presiden seorang pejuang tidak gentar cabaran – KJ

Bekas ketua Pemuda Umno Malaysia menganggap tindakan lebih 100 ketua bahagian parti itu yang mahu presiden dan timbalan presiden mereka tidak dicabar dalam pemilihan akan datang sebagai suatu “kegilaan”.

Menyatakan perasaannya melalui media sosial hari ini, Khairy Jamaluddin berkata tiada sesiapa wajar membenarkan demokrasi dalam Umno dimatikan.

“Hentikan kegilaan ini.



“Saya rasa presiden seorang fighter (pejuang) yang tidak gentar menghadapi pencabar. Buka ruang pertandingan.

“Jangan matikan demokrasi dalam Umno,” katanya.

Mengiringi kenyataan Khairy ialah poster yang mempersoalkan langkah ketua-ketua bahagian terbabit yang menyokong agar dua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan.

Pada imej berwarna merah itu ialah persoalan sama ada Umno itu adalah milik ketua-ketua bahagian saja atau sebaliknya.



“Apakah para perwakilan dan akar umbi tidak punya hak memilih ketua mereka,” katanya.

Malam tadi  seramai 140 ketua Umno di peringkat bahagian menyatakan kebersamaan mereka untuk melihat jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan tahun ini.

Setakat ini Umno mesti mengadakan pemilihan parti sebelum 19 Mei, iaitu tarikh akhir dari tempoh enam bulan selepas PRU ke-15 yang diizinkan Jabatan Pendaftaran Negara (ROS) kepada mereka.

Umno sepatutnya mengadakan pemilihan pada tahun lalu namun mereka membuat permohonan agar ia ditangguhkan bagi membolehkan parti memberi tumpuan kepada PRU.



140 ketua bahagian perlu jaga maruah Presiden UMNO, jangan membelakangi akar umbi

Tetap sokong Anwar

Kenyataan itu menguatkan lagi kemungkinan Khairy – yang kalah dalam cubaannya merampas kerusi parlimen Sungai Buloh daripada PH pada 19 Nov lalu – akan mencuba untuk mendapatkan tempat dalam kepemimpinan tertinggi parti.



Bekas ahli parlimen Rembau itu pernah menyertai persaingan merebut jawatan presiden Umno pada Julai 2018 iaitu hanya lebih sedikit dari sebulan selepas parti itu mencatat sejarah tumbang kali pertama dalam PRU.

Bagaimanapun Khairy gagal dalam percubaan tersebut. Ia dimenangi Ahli Parlimen Bagan Datuk, Ahmad Zahid Hamidi, manakala Mohamad Hasan memenangi jawatan timbalan presiden.

Mohamad kini merupakan ahli parlimen Rembau. Penyertaan Mohamad dalam PRU lalu untuk bertanding bagi kawasan parlimen menyaksikan Khairy diketepikan dari Rembau.

Beberapa hari lalu Khairy secara terbuka menyatakan, dia akan tetap memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim dan kerajaan sekarang jika berjaya memenangi jawatan presiden Umno.



Ia adalah salah satu isyarat yang jelas daripada Khairy mengenai cadangannya untuk bertanding dalam pemilihan parti tidak lama lagi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin

Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker