KJ Meroyan Takut Tak berpeluang bertanding Presiden UMNO

Oleh Norzahira

SEMUA ahli UMNO amat maklum, individu yang bernama Khairy Jamaluddin merupakan individu yang sentiasa melawan arus parti yang menjadi naungannya. Setiap keputusan dibuat oleh parti sentiasa beliau tentang sambil memberi cadangan yang lebih memihak kepada parti lawan.

Oleh itu, tidak menghairankan apabila bekas ketua Pemuda Umno Malaysia itu menganggap tindakan lebih 100 ketua bahagian parti yang mahu presiden dan timbalan presiden mereka tidak dicabar dalam pemilihan akan datang sebagai suatu “kegilaan”.

Tambahan pula, KJ secara lantang menyuarakan hasrat untuk bertanding melawan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi dalam pemilihan UMNO yang akan datang.

Memetik sumber, Khairy Jamaluddin berkata tiada sesiapa wajar membenarkan demokrasi dalam Umno dimatikan.

“Hentikan kegilaan ini. Saya rasa presiden seorang fighter (pejuang) yang tidak gentar menghadapi pencabar. Buka ruang pertandingan. Jangan matikan demokrasi dalam Umno,” kata KJ.

Semalam Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berpandangan jawatan presiden disandang Ahmad Zahid Hamidi seeloknya tidak dipertandingkan selepas parti itu kalah teruk dalam pilihan raya umum (PRU15) lalu.

Jika jawatan itu dipertandingkan akan menyebabkan berlaku perpecahan dalam parti, namun terpulang kepada ahli Umno sekiranya mahukannya.

Keghairahan KJ mahu bertanding jawatan presiden semakin ketara apabila beberapa hari lalu beliau secara terbuka menyatakan akan tetap memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim dan kerajaan sekarang jika berjaya memenangi jawatan presiden Umno.

Kini 100 Ketua Bahagian mencadangkan pula agar jawatan presiden tidak dipertandingkan. Perkara ini mencetuskan rasa kurang senang pada KJ. Beliau dilihat meroyan apabila menganggap cadangan Ketua Bahagian itu sebagai satu kegilaan.

KJ sudah hantar isyarat mahu bertanding jawatan presiden tetapi 100 Ketua Bahagian pula mencadangkan agar jawatan tersebut tidak dipertandingkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker