“Elok Mahathir Terus Jaga Cucu” – Nazri Aziz

“Elok Mahathir Terus Jaga Cucu” – Nazri Aziz

Melantik seseorang yang sedang berdepan kes mahkamah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) bukan satu perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan, kata Ketua Bahagian UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamaed Nazri Abdul Aziz.

Menurut Mohamed Nazri, seorang TPM tidak boleh membantu Perdana Menteri dalam menjalankan tugas-tugas yang berlandaskan Perlembagaan negara.



Beliau berkata, jawatan TPM tidak ada dalam Perlembagaan negara, sebaliknya, ia amalan politik yang bermula ketika negara ini mencapai kemerdekaan.

“Jika ada kecacatan di sebalik pelantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanyalah dari segi moral semata-mata, tetapi moral tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.

“Untuk menjadi sebahagian daripada anggota Kabinet, TPM perlu memegang satu portfolio sebagai menteri. Tidak ada jawatan TPM tanpa portfolio seperti Perdana Menteri.

“TPM tidak boleh menjalankan tugas-tugas Perdana Menteri yang termaktub dalam Perlembagaan seperti menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan 44 daripada 70 anggota Dewan Negara, pelantikan Peguam Negara dan beberapa jawatan lain.

“TPM juga tidak boleh mengambil alih tugas PM dalam melantik pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), ia adalah tugas PM yang ditetapkan dalam Perlembagaan.



“Sekiranya apa-apa berlaku ke atas PM ia tidak bermakna TPM akan terus menggantikannya kerana ia adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada Astro AWANI.

Sehubungan itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) itu pelik apabila seorang yang berpengalaman seperti Tun Dr Mahathir Mohammad membangkitkan mengenai pelantikan seorang TPM.

Katanya, sebagai seorang yang sudah berpengalaman, Dr Mahathir tentunya lebih memahami fungsi dan tugas-tugas TPM berbanding pihak lain.

“Dr Mahathir sudah dua kali menjadi Perdana Menteri, kali pertama 22 tahun dan kali kedua 22 bulan, beliau sepatutnya lebih memahami perkara ini.



“Dalam usia yang sudah lanjut tidak perlulah ada dendam yang mendalam. Hiduplah dengan tenang.

“Sekiranya mahkamah mendapati Zahid bersalah dalam kes yang sedang dibicarakan, beliau tentunya akan digugurkan dari Kabinet.

“Dr Mahathir berkata beliau mahu menjaga cucu buat masa ini dan saya rasa itulah sepatutnya beliau lakukan, bukan lagi mencampuri urusan kerajaan,” katanya lagi.

Awal hari ini, Dr Mahathir mempersoalkan pelantikan TPM yang masih berdepan pendakwaan mahkamah.



Menerusi entri terbaharu di akaun Twitter peribadinya, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berpendapat, perlu satu bentuk reformasi terhadap jawatan tersebut. AA

“Elok Mahathir Terus Jaga Cucu” – Nazri Aziz

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker