Marilah Banjiri PWTC, Jadikan #HPU914 Kekuatan UMNO-PAS… Igauan Ngeri PH

Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Mohd Ridhwan Mohd Ali mengajak orang ramai untuk membanjiri Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada tarikh 13 dan 14 September iaitu tarikh yang dinanti-nantikan oleh kedua-dua parti UMNO dan PAS termasuklah rakyat Malaysia.

“Marilah Kita ramai-ramai membanjiri kawasan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kita pastikan ini menjadi satu igauan ngeri kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan menjadi satu kekuatan kita bersama… insya-Allah.”

Katanya, perjanjian termeterainya piagam kerjasama ini sangat penting untuk UMNO dan PAS kerana ia akan memberi hala tuju yang jelas dalam usaha memperkasakan kedua-dua parti sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dan yang paling penting demi agama, bangsa dan tanahair.

“Sudah tentunya tarikh 14 September adalah satu tarikh yang penting dan ini adalah secara rasminya UMNO dan PAS akan memeterai satu perjanjian yang mana menguatkan lagi apa juga yang kita usahakan selama lebih setahun.



“Dengan adanya piagam ini maka kukuhlah perhubungan yang ada antara UMNO dan PAS,” katanya kepada UMNO-Online.

Tambahnya lagi, apabila piagam kerjasama ini dilaksanakan maka gerakan dari seluruh kawasan terutamanya dari peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat sudah pastinya akan berlipat kali ganda ke arah kebangkitan dan pengukuhan bangsa. – UMNO ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker