Tukar peguam: Munasabah tangguh sebulan, dua bulan jika kes rumit

Tukar peguam: Munasabah tangguh sebulan, dua bulan jika kes rumit

Pasukan peguam baharu yang mengambil alih kes rumit daripada peguam lain selalunya memerlukan masa untuk meneliti semua dokumen berkaitan kes.

Bekas hakim Mahkamah Sesyen, Nor Afizah Hanum Mokhtar, berkata berdasarkan kebiasaan tempoh antara satu hingga dua bulan dianggap sebagai munasabah bagi pasukan guaman baharu untuk tujuan itu sekiranya membabitkan kes rumit.



Memberi contoh kes rayuan membabitkan Datuk Seri Najib Razak terhadap keputusan dibuat Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020, beliau mengakui ia antara kes yang boleh dianggap sebagai rumit.

“Bergantung kepada kerumitan sesuatu kes, tempoh sebulan atau dua bulan adalah munasabah.

“Memang (penangguhan disebabkan pertukaran peguam) ganggu prosiding, tetapi mahkamah benarkan demi perbicaraan yang adil,” katanya kepada BH.

Semalam, Najib dilapor memohon untuk menangguhkan pendengaran rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat pelaburan strategik negara, SRC International Sdn Bhd (SRC International) yang dihadapinya di Mahkamah Persekutuan.



Ia susulan pemberhentian khidmat peguam Muhammad Shafee dan peguam daripada firma Tetuan Shafee & Co daripada mewakili beliau dalam rayuan akhir kes berkenaan.

Najib melantik firma guaman Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (“ZIST”) sebagai peguam cara baharu.

Ahli Parlimen Pekan itu melalui kenyataan kemudian mengakui yakin barisan peguam baharu itu akan memberikan perspektif berbeza dalam perbicaraan rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.

Dalam pada itu, Nor Afizah berkata, prosedur menukar pasukan guaman untuk mewakili seseorang defendan atau perayu sesuatu kes adalah perkara biasa yang dilakukan dan selalunya dibenarkan oleh mahkamah.



Beliau yang pernah berkhidmat sebagai timbalan pendakwa raya, berkata kebiasaannya pasukan guaman ditukar sebelum perbicaraan bermula, namun ia juga biasa dilakukan dalam kes sebelum ini apabila peguam ditukar selepas kes sudah berjalan separuh jalan.

Katanya, pertukaran pasukan guaman sebelum perbicaraan bermula juga lebih teratur jika dibuat pada awal kes berbanding selepas perbicaraan bermula.

“Dalam kes Najib, ia kelihatan adil terutama peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga mengendalikan kes lain yang didakwa terhadap Najib.

“Malah, Muhammad Shafee sendiri berdepan dengan kes membabitkan dirinya sendiri.



“Lagi pun seingat saya, ini kali pertama beliau (Najib) menukar peguamnya selepas kes berjalan. Jika selepas ini tukar lagi, maka ketika itu ia akan kelihatan mencurigakan,” katanya.

Najib merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember tahun lalu, yang mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atasnya yang dikenakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana. BH

Tukar peguam: Munasabah tangguh sebulan, dua bulan jika kes rumit


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tang Mana Wanita Melayu Sampai Terkangkang Depan Juri (Video)

Bapa polis anak makan tisu, mengarut betul AC Mizal – Netizen



Samseng jalanan dicekup acu pisau kepada pemandu lori

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker