CFMoto 700 CL-X Heritage – Motosikal bagi yang ingin kelainan

CFMoto 700 CL-X Heritage – Motosikal bagi yang ingin kelainan

KTNS Holdings melangkah setapak lagi apabila mula memasarkan jenama kedua mereka iaitu CFMoto yang diperakui mempunyai keupayaan penghasilan motosikal pada kapasiti yang banyak. CFMoto juga sebuah syarikat pengeluar motosikal daripada China, tetapi dilihat serius memasarkan motosikal jenama mereka di pasaran Amerika, Eropah, India dan juga di Asia Tenggara. Setelah berjaya menambat hati bikers tempatan, melalui model-model 250 SR (sports), 250NK (tanpa fairing), 400NK, 650 MT dan 650 GT, kesemua model ini mula dilihat atas jalan raya tempatan, terutamanya di bahagian utara. Mungkin kerana ia lebih dekat dengan pusat operasi KTNS yang berada di Simpang Ampat, Penang. CFMoto 700CL-X Heritage

PENAMPILAN



Model ini merupakan sebuah model yang unik. Bentuk fizikalnya boleh dikatakan di antara rekaan Ducati Diavel atau Ducati Scrambler. Mungkin ada yang ingin mengklasifikasikannya sebagai Neo-Retro, namun saya rasa ia lebih mengetengahkan konsep power cruiser atau dragster. CFMoto 700CL-X ini sebenarnya dihasilkan dengan dua variasi iaitu model Heritage dan Sports. Namun sebagai permulaan, KTNS membawa masuk model Heritage dahulu pada akhir 2021 dan mula berada di pasaran pada Januari 2022. Model Sports pula dikhabarkan akan dibawa masuk pada pertengahan tahun ini.

Model Heritage ini, menampilkan handel open bar untuk menampilkan imej jalanan yang tampak lebih agresif. Penggunaan penyerap hentakan terbalik (USD) boleh laras sepenuhnya daripada KYB sementara penyerap hentakan tunggal belakang juga dilengkapi monoshock KYB yang juga boleh dilaras. Sistem brek yang menggunakan kaliper berjenama J.Juan berserta sistem brek ABS memainkan peranan utama dalam usaha menghentikan jentera ini. Roda hadapannya bersaiz 18 inci sementara untuk roda belakangnya dipadankan dengan roda 17 inci dilihat mampu menjadikan jentera ini dipandu dengan lebih efisien. Pelananya yang dibaluti kulit berwarna keperangan menyerlahkan konsep rekaan unik motosikal ini. Tidak kurang juga tumpuan mata pada rekaan pelananya yang pendek tetapi unik dan penggunaan penghadang lumpur yang menggunakan rekaan bersepadanan dengan lengan ayun, menambahkan lagi kecanggihan reka rupa bentuknya.

Apabila dilihat pada bahagian hadapannya, lampu LED dipergunakan secara meluas serta ciri-ciri yang menambah kemodenan rekaan motosikal ini ialah dengan terdapatnya ruang mengecas telefon dan tombol cruise control yang menambah ciri penunggangan unik motosikal ini. Penggunaan tayar berbunga kotak seperti sebuah motosikal off-road lebih menampakkan lagi persamaan rekaan CL-X dengan Ducati Scrambler yang seolah-olah mencadangkan model ini sesuai dibawa di laluan-laluan tanpa tar.

PENUNGGANGAN



Pertama sekali, anda dapat merasakan bahawa anda sedang ‘bersatu’ dengan motosikal ini sebaik sahaja anda ‘menghayun’ kaki untuk duduk di atas pelananya. Posisi tangan anda di Bar pemegang serta kedudukan kaki anda di pemijak, jelas menjadikan anda seperti melengkapkan pakej motosikal ini. Sebaik sahaja anda mula menunggang CLX ini, anda akan perasan tombol bertanda ECO dan SPORTS. Di sinilah keseronokan menunggang jentera ini. Pada mode ECO, penunjuk RPM dilihat seperti pada tahap maksimum 7000 dan sekiranya anda terus sahaja menekan tombol SPORTS tanpa perlu memberhentikan motor, tujahan kuasa yang boleh dibawa ke garisan merah RPM iaitu sekitar 10,000 RPM, dan semua ini boleh berlaku pada kedudukan gear keenam. Pengendaliannya dalam selekoh-selekoh cukup mengujakan kerana keberkesanan penyerap hentakan depan dan belakang jenama KYB tersebut serta cengkaman tayar Pirelli yang dibekalkan sebagai standard kilang.

KESIMPULAN

CFMoto 700CL-X ini begitu mengujakan. Model ini turut menambah keyakinan saya terhadap jenama dari China ini, sekali gus mengurangkan kebimbangan tentang kebarangkalian pemilikan barangan tidak berkualiti. Jika mengambil kira jentera-jentera CFMoto yang pernah saya pandu uji seperti NK400, ternyata CL-X ini juga turut mempunyai kualiti yang serupa. Pembuatannya teguh, pengendaliannya hebat serta prestasi enjinnya baik, maka adakah mana-mana bahagian motor ini yang boleh saya kecam atau menyiarkan kekurangannya? Dalam sesi tunggang uji yang sangat terhad masanya, saya dapati lampu isyarat motosikal ini adalah automatik tetapi mempunyai jangka masa yang terlalu cepat. Adakalanya, belum pun sempat saya sempurna memasuki simpang, lampu isyarat tersebut telah terpadam dengan sendirinya. Satu lagi kekurangan yang saya dapati pada model CL-X ini, lampu hadapannya tidak menyala sepenuh masa. Sistem pengesanan penyalaan lampu motosikal secara automatik yang disertakan dengan model CL-X Heritage ini tidak sesuai dengan undang-undang jalan raya tempatan, di mana semua motosikal perlu menyalakan lampu hadapannya pada setiap masa.



Selain itu, sistem canggih CL-X Heritage ini (tidak mempunyai tombol penyalaan lampu secara manual) mempunyai sensor mengesan keadaan terang (siang) untuk mematikan lampu hadapannya dan hanya akan menyalakan lampunya apabila sensor mengesan keadaan sekelilingnya menjadi gelap. Tidak diketahui mengapa ciri seperti ini dibenarkan untuk pasaran tempatan. Perkhidmatan selepas jualan untuk CFMoto ini ternyata masih lagi di peringkat permulaan. KTNS atau CFMoto dilihat sedang berusaha keras untuk menambah pengedar-pengedar serta pusat servis diseluruh negara. Ditambah pula dalam usaha menyakinkan para pembeli jenama atau motosikal mereka sentiasa akan mendapat perkhidmatan selepas jualan yang terbaik, terutamanya dari segi kesediaan alat-alat ganti enjin. Namun saya yakin, KTNS Holdings ingin berada dalam pasaran motosikal tempatan pada jangka masa yang lebih lama, tambahan pula, jenama dan produk CFMoto sudah mula menampakkan popularitinya pada peringkat antarabangsa dan tempatan. – Utusan

CFMoto 700 CL-X Heritage – Motosikal bagi yang ingin kelainan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi



Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker