Siakap Senohong Gelama Ikan Duri Suka bercakap bohong Lama-lama jadi Menteri

oleh Ab Jalil Backer

Siakap Senohong
Gelama Ikan Duri
Suka bercakap bohong
Lama-lama jadi Menteri

Bukan hendak pertahankan sesiapa. Ini semua pergaduhan orang-orang kaya, buang masa kita gaduh banyak-banyak.

Isu penting Menteri mungkir janji. Apa masalah Menteri ini? IG bukan ada had posting. Sudah tu selama 4 bulan tidak boleh selit sekali pun? Sebab mamat tu bukan anak Vincet Tan kot? Bukan kroni parti?



Janji hendak siarkan produk Hausboom di IG beliau tipu. Lima bulan “follow up”, bukan cerita semalam.

Alih-alih Menteri yang sama promo barang kawan dia yang kononnya memulakan perniagaan kek coklat dengan modal RM50, dalam masa 9 bulan sudah jana pendapatan RM1.5 juta.

Beli barang kek dan pembakar kek saja sudah beribu ringgit. Cerita perniagaan kek coklat pun tipu, agak-agak cerita dalam kementerian dia akan jadi benar?

Bila tersepit guna para penyokong serang usahawan yang beliau mungkir janji.



Kerana hendak membela satu menteri yang janji tak tepati habis anak bilionair dan spritual entrepreneur tampil membantu pertahankan menteri.

Yang maki hamun usahawan tersebut kena ingat bukan beliau seorang yang kena. Ya kamu boleh menang serangan siber ke atas seorang usahawan Melayu. Cuma orang akan ingat sikap Menteri ini.

Sebenarnya Syed Saddiq ini sakit. Sakit batak populariti media sosial.

Bukan kerja Menteri promo barang. Bila kamu mula promo barang ada orang akan kecil hati bila tak dapat. Bila barang yang dipromo ada masalah, kamu dan kerajaan juga terpalit.



Jadi kalau hendak jadi social influencer berhenti jadi Menteri.

Nota: Siapa tahu spritual entrepreneur ini usahawan jual apa? Macam kismis minda tu ker? ?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker