Tabung Haji dalam bahaya, integriti Zaiton Hassan pengarah baru dipersoal

Pelantikan Datuk Zaiton sebagai ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji menimbulkan percanggahan kepentingan yang mana beliau terlibat dalam satu urusniaga yang telah merugikan Tabung Haji. Bolehkah beliau bersikap profesional memulihkan Tabung Haji?

Sepucuk surat tidak bernama bertarikh November 13hb, 2018 telah ditujukan kepada Malaysia Institute of Corporate Governance (Institiut Tadbir Urus Korporat Malaysia) dan diberi perhatian kepada Dato’ Yusli bin Mohamed Yusoff.

Ia berkenaan salah seorang ahli Institut tersebut, Datuk Zaiton Hassan yang merupakan salah seorang ahli Lembaga Pengarah yang baru dilantik untuk Lembaga Tabung Haji dan pernah menjadi ahli Lembaga Pengarah Bank Islam Malaysia Berhad dan BIMB Holdings yang merupakan penggerak utama menyokong pengurusan Bank tersebut.

Surat tersebut menimbulkan isu percanggahan kepentingan (conflict of interest) dalam pengeluaran isu bon hutang Musyarakah untuk OFFSHORESWORKS CAPITAL SDN BHD. Bon sukuk yang dikeluarkan pada 20hb Februari 2009 berjumlah RM350 juta telah disertai oleh Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam, dan Tabung Haji.

Pengiktirafan (Rating) telah dilakukan oleh Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC) dengan Penasihat Utama (Principal Adviser) oleh MIDF Amanah Investment Bank Berhad dan Penasihat Kewangan (Financial Adviser) pula adalah Capital Intelligence Advisers Sdn Bhd yang mana Datuk Zaiton merupakan pemegang saham utama dan Pengarah Urusan.

Pada 2011, OFFSHORESWORKS gagal membayar balik bon sukuk ini kerana berhadapan dengan masalah kewangan hingga terpaksa diumumkan pembubaran bon tersebut pada Oktober 2012. Hanya 10% dari nilai bon sukuk itu dapat diperoleh kembali untuk membayar pemberi hutang.

Dengan pelantikan Datuk Zaiton sebagai ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, ia bukan sahaja menimbulkan percanggahan kepentingan yang mana beliau terlibat dalam satu urusniaga yang telah merugikan Tabung Haji. Bagaimanakah beliau boleh diharapkan untuk bersikap profesional untuk memulihkan Tabung Haji yang kononnya berhadapan dengan masaalah kewangan?

Tentu sekali akan timbul risiko yang mana beliau akan cuba menutup kerugian pada Tabung Haji dari urusan yang melibatkan beliau.

Hal yang lebih ternyata sekali, Datuk Zaiton terlibat dalam pelbagai pihak dalam pengeluarkan bon ini yang mana beliau tidak sepatutnya melibatkan langsung dalam pengeluaran bon ini.

1. Sedia maklum, Datuk Zaiton mempunyai kepentingan secara langsung di dalam syarikat Penasihat Kewangan, Capital Intelligence Advisers Sdn Bhd.
2. Beliau adalah Pengarah MIDF yang menjadi Penasihat Utama pengeluaran bon ini
3. Beliau adalah ahli Lembaga Pengarah BIMB Holdings dan Pengerusi BHB Board Risk Commitee dan Pengerusi BHB Audit and Examination committee yang turut melabur dalam bon sukuk tersebut.
4. Beliau pernah menjadi Pengarah Eksekutif MARC
5. Beliau pernah bekerja selama 12 tahun di Maybank, dan pemegang saham terbesar OFFSHORE iaitu Mohd Amran Abdul Wahid sama-sama bekerja dengannya di Maybank.

Butiran-butiran bon tersebut telah diperiksa di laman web Suruhanjaya Sekuriti dan didapati butirannya betul. Maka tiada isu surat tidak bernama ini ditolak metah-mentah.

Surat ini telah disalinkan kepada Menteri Hal Ehwal ekonomi, Dato Seri Azmin Ali dan Gabenor Bank Negara Malaysa, Dato’ Nor Shamsiah binti Mohd Yunos, tetapi hingga kini tiada tindakan yang diambil. Pelanggaran ini bagaikan ditutup sebelah mata oleh kesemua pihak ini.

Malah Datuk Zaiton telah dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji yang mana akan menguasai Bank Islam Malaysia Berhad dan BIMB Holdings Berhad. Pelanggaran etika ini tidak boleh diambil enteng jika pengurusan baru Tabung Haji serius mahu memulihkan lembaga tersebut.

Datuk Zaiton terlibat dalam pelbagai badan profesional, Jawatankuasa kuasa-jawatan kuasa, NGO-NGO dan syarikat utama yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Tentu sekali, dengan terdedahnya salahlaku percanggahan kepentingan dan kelakuan tidak profesional, beliau tidak layak untuk memegang peranan-peranan ini dan juga dilesenkan untuk syarikat kepunyaannya berperanan sebagai penasihat kewangan dan urusniaga pasaran modal.

Maklumat dalaman memberitahu Datuk Zaiton dipilih untuk menganggotai Tabung Haji dan bersama pengurusan baru Tabung Haji, Dato Zukri Samat atas cadangan dan sokongan kuat bekas Gebenor Bank negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhbar Aziz kepada Pengerusi Council of Emminent Person, Tun Daim Zainuddin.

Adakah orang yang nampaknya ada tengkorak di dalam almari ini merupakan pilihan Tun Daim juga? Tidak disusul periksakah latarbelakang beliau? Apa akan jadi kepada Lembaga Tabung Haji melibatkan Datuk Zaiton Hassan yang sekarang terlibat dalam memindahkan aset TH berjumlah RM19.9 bilion kepada syarikat tujuan khas (SPV) bawah Kementerian Kewangan pada 11 Disember lalu Kerajaan PH.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kabinet PH Sahkan BNM, Lim Guan Eng menyelia dan menjual aset Tabung Haji ]

Apatah lagi Kabinet Pakatan Harapan mengesahkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan kekal menyelia Lembaga Tabung Haji (TH) atas arahan Lim Guan Eng Menteri Kewangan Malaysia.

Sumber :
http://sabahkini2.com/en/news/1638/tabung-haji-dalam-bahaya-integriti-zaiton-hassan-pengarah-baru-dipersoal/view

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker