Dana awam sebanyak RM18.9 juta diberi kepada Sekolah Persendirian Cina

Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan 63 sekolah persendirian Cina akan menerima peruntukan dari dana awam sebanyak RM18.9 juta pada 2024.

Katanya, dengan pertambahan peruntukan itu, setiap dari 63 sekolah persendirian Cina itu bakal menerima RM300,000.

Tahun lepas, peruntukan khas daripada kerajaan ialah RM15.75 juta, dengan sekolah masing-masing menerima RM250,000.



Menteri itu berkata peruntukan khas tersebut tanda kerajaan memahami cabaran kewangan ketara yang dihadapi oleh sekolah persendirian Cina.

Loke berharap amalan pemberian dana awam kepada sekolah persendirian Cina akan diteruskan pada masa hadapan.

“Tidak kira siapa yang membentuk kerajaan, saya harap (peruntukan khas untuk sekolah persendirian Cina) menjadi standard dan amalan baru,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan peruntukan secara simbolik di Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa di Kuala Lumpur hari ini.

Dia juga berharap peruntukan seperti itu dapat diagihkan sebelum Tahun Baru Cina setiap tahun.



Loke berkata dia telah menyampaikan perkara ini ketika membincangkan peruntukan itu dengan Perdana Menteri Anwar pada 19 Januari.

“Saya kata apabila kita memberikan peruntukan itu, kita mesti melakukannya dengan ikhlas, terutama untuk masyarakat Cina, dan cuba mengumumkannya sebelum Tahun Baru Cina. Ini adalah tanda penghormatan kepada masyarakat Cina.”

“Sebab sebagai orang Cina, (menjadi adat) kita tidak sepatutnya mempunyai hutang semasa Tahun Baru Cina.

“Kita mesti melangsaikan semuanya sebelum itu,” katanya.



Loke berkata dana itu telah pun disalurkan kepada sekolah berkenaan pada Jumaat lalu.

Walaupun berharap peruntukan itu diteruskan pada masa akan datang, Loke menjelaskan buat masa ini ia bukan sebahagian daripada Belanjawan Persekutuan.

Sebaliknya, dia menjelaskan peruntukan khas tersebut daripada Kementerian Kewangan, tetapi memberi jaminan bahawa ia akan diberikan setiap tahun.

Loke juga berkata kerajaan akan menghantar surat secara simbolik kepada Kementerian Kewangan pada setiap tahun meminta peruntukan itu supaya sekolah tidak perlu memohon secara individu.



Sementara itu, Pengerusi Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) Tan Tai Kim (gambar bawah) berharap peruntukan ini akan menjadi sebahagian daripada belanjawan supaya ia terjamin.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?

Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”



Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker