Polis tahan pemandu samseng

Polis tahan pemandu samseng

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki dipercayai bertindak seperti samseng jalanan dengan merosakkan nombor plat sebuah lori dalam kejadian Jalan Permatang Janggus menghala ke Permatang Pauh, di sini, semalam.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Tan Cheng San, berkata rakaman video kejadian membabitkan lelaki yang memandu sebuah kereta Proton Saga berwarna merah itu turut tular sejak semalam, sebelum polis menjalankan siasatan menahan suspek berusia 30-an tersebut.



“Siasatan awal mendapati pergaduhan itu membabitkan pemandu kereta dan pemandu lori tersebut dipercayai berlaku di Jalan Permatang Janggus menghala ke Permatang Pauh semalam namun masa kejadian tidak dapat dipastikan.

“Dalam video tular berdurasi dua minit 50 saat itu, sebuah kereta dan lori masing-masing berhimpit-himpit antara satu sama lain dan akhirnya kedua-dua pemandu berkenaan berhenti sebelum berlaku pergaduhan.

“Pemandu kereta dilihat mengeluarkan satu objek dari bahagian belakang keretanya sebelum merosakkan nombor plat hadapan lori berkenaan,” katanya dalam kenyataan

Katanya, pemandu kereta itu yang merupakan warga tempatan kini direman dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.



Sementara itu, dalam perkembangan lain IPD Barat Daya, dalam kenyataan, memaklumkan pihaknya menyita 18 motosikal mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mengeluarkan 131 saman kerana pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di daerah itu, awal pagi tadi.

Menurut kenyataan itu, operasi dijalankan di sekitar kawasan tumpuan mat rempit sering melakukan aksi berbahaya atau berlumba haram seperti di Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu, Jalan Sultan Azlan Shah dan Persiaran Bayan Indah. FMT

Polis tahan pemandu samseng

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen



Azwan suruh Aaron maki saja dua orang tu

PRN: PH-BN capai kata sepakat, penyandang kekal bertanding



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker