Cadangan projek pembangunan di Bagan Datuk seiring dengan program Transformasi Nasional 2050. – Zahid Hamidi

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Siapa masih ingat semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya umum beberapa projek pembangunan di Bagan Datuk.

Projek yang diumumkan lebih awal sebelum PRU-14 itu seiring dengan program Transformasi Nasional 2050 (TN5O).

Malangnya selepas kerajaan BN tumbang, hampir semua projek itu dibatalkan atau ditangguhkan oleh kerajaan baharu.

Secara lebih tepat sebanyak 10 projek pembangunan Bagan Datuk bernilai RM1.04 bilion dibatalkan.

Sebanyak 25 lagi projek pembangunan bernilai RM12.03 juta di Bagan Datuk ditangguhkan.

Sedangkan kesemuanya merupakan projek mesra rakyat di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-11.

Menteri Besar baharu dilantik selepas kerajaan BN tumbang mengakui perkara itu di DUN Perak pada 23 Julai 2019.

Antara projek yang dibatalkan adalah menaik taraf Laluan 69 dari Parit 19, Hutan Melintang ke Pekan Bagan Datuk.

Persimpangan bertingkat FT005 ke FT009, Hutan Melintang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Bagan Datuk.

Begitulah cara pemimpin kerajaan 22 bulan mentadbir negara. Penuh dengan kesumat politik.

Saya difahamkan beberapa projek itu disambung semula selepas kerajaan 22 bulan tumbang ‘but very slow’.

Kerja pembinaan jalan raya empat lorong dari pekan Simpang Empat, Hutan Melintang ke Parit 19 masih berjalan, namun perlahan.

Dari situ ke Selekoh, peliknya telah dibatalkan. Tinggal dua lorong.

Manakala pembinaan jalan raya empat lorong dari pekan Bagan Datuk ke pekan Selekoh juga diteruskan dengan kadar pembinaan lebih perlahan.

Jambatan dari pekan Bagan Datuk ke Sejagop pula dijangka siap pada Mei. Saya harap ia diselesaikan mengikut jangkaan.

Saya juga berharap jalan raya dua lorong dapat disambung semula menjadi empat lorong.

Ini bersesuaian dengan sambungannya ke West Coast Expressway (WCE).

Semoga Menteri Besar Perak paling baharu mengambil perhatian perkara ini demi kepentingan anak-anak Bagan Datuk.

Ahmad Zahid Hamidi

Presiden UMNO/Pengerusi BN Malaysia

Membeli belah sana sini demi mempertahankan kuasa – Zahid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker