Khalid Samad Saran Perikatan Nasional Tidak Bertanding Di PRN Johor

Oleh Nurul Aishah

ADAKAH Muhyiddin Yasin akan terima saranan agar Perikatan Nasional(PN) tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor?

Khalid Samad merayu agar Perikatan Nasional mengelak daripada digunakan sebagai pemecah “undi menolak BN” dengan tidak bertanding dalam PRN Johor. Kononnya BN akan kalah dan dengan kekalahan ini BN akan kembali merayu dan memujuk PN untuk bersama dalam PRU15. Baru akan terzahir nilai tambah yang dibawa PN.

Adakah saranan Khalid Samad ini logik pada pandangan Muhyiddin?

Khalid Samad menggunakan congakkan kononnya semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Barisan Nasional (BN) mendapat hanya 38% undi popular namun memperolehi majoriti 2/3 kerusi di DUN Melaka kerana undi yang menolak BN telah berpecah antara Pakatan Harapan (PH), yang mendapat 37% dan Perikatan Nasional (PN), yang mendapat 25% undi popular.

Khalid Samad ini dilihat menghadapi masalah “denial syndrome” atas kekalahan mereka dalam PRN Melaka dan PRN Sarawak.

PH lupa bahawa rakyat sudah tahu pembohongan mereka. Kegagalan pentadbiran PH selama 22 bulan menyebabkan rakyat menolak gabungan Parti yang dipimpin oleh DAP itu.

Kegagalan kerajaan Muhyiddin menambah kebencian rakyat terhadap PH memandangkan Muhyiddin bersama dengan PH telah menipu rakyat ketika Pilihan Raya Umum ke-14.

Dengan kata lain, sebenarnya rakyat sudah menolak PH dan PN kerana mereka menipu rakyat selama ini. Tambahan pula PH dan PN gagal terajui negara. Rakyat sengsara dengan ekonomi yang sangat teruk serta corak pentadbiran yang lintang pukang.

Rakyat kini hanya fokus kepada parti yang mampu membawa mereka keluar dari kemelut ekonomi dan penderitaan yang berpanjangan. Dan mereka tahu hanya Barisan Nasional mampu berbuat demikian.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker