Anwar nikmati Menu Siswa Rahmah bersama mahasiswa UKM

Anwar nikmati Menu Siswa Rahmah bersama mahasiswa UKM

BANGI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mencuba sendiri Menu Siswa Rahmah, yang diperkenalkan di institusi pengajian tinggi di Kafeteria Randau Rasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini.

Anwar dilihat mencuba beberapa menu yang disediakan, antaranya ikan keli sambal, sayur dan ikan goreng.

Selain wakil pelajar, Perdana Menteri turut ditemani Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman serta barisan kepemimpinan tertinggi dan pengurusan universiti.

Menu Siswa Rahmah adalah inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), dengan sajian pada harga serendah RM3.50, yang ditawarkan di 20 universiti awam (UA) seluruh negara serta politeknik.

Inisiatif itu memberi manfaat kepada kira-kira 320,000 pelajar UA daripada kumpulan keluarga B40.

Selesai menjamu selera, Anwar menyertai warga UKM menunaikan solat Jumaat di Masjid UKM, yang terletak kira-kira 500 meter dari Kafeteria Randau Rasa.

Singgah makan tengah hari sambil beramah mesra dengan masyarakat sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran adalah rutin mingguan Anwar sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu. BH

Anwar nikmati Menu Siswa Rahmah bersama mahasiswa UKM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Penyondol tak berjaya goda saya – Jalaluddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker