[VIDEO] Macam-Macam Ragam 😂 Bosan Punya Pasal..Penghuni Pusat Kuarantin Buat Fashion Show Pulak..😂🤣

Sejak akhir-akhir ini pelbagai video keadaan di pusat kuarantin untuk pesakit Covid-19 dikongsikan di sosial media. Dari keadaan yang mana pesakit beratur panjang untuk mendaftar, keadaan seorang kanak-kanak lelaki di pusat kuarantin yang diuji pemergian bapanya dan macam-macam lagi.

Biarpun begitu, baru-baru ini lain pula video yang tular. Penghuni pusat kuarantin ini menghilangkan kebosanan dengan buat fashion show sendiri! Bila masing-masing bertemu dengan kawan yang sekepala memang boleh terjadi kejadian sebegini.

Dalam rakaman penghuni pusat kuarantin itu, kelihatan beberapa orang lelaki berjalan seperti catwalk dengan diiringi muzik seakan sedang membuang fashion show. Berikut adalah video telatah penghuni pusat kuarantin ini yang telah dikongsikan.
[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/E2nSYy4D/ragam-pesakit-covid-hilangkan-kebosanan..penghuni-pusat-kuarantin-buat-fashion-show..f09f9882f09fa4a3_hd.mp4[/KGVID]

Macam-macam karenah ya! Apa-apa pun mungkin mereka bosan terkurung di pusat kuarantin sementara menunggu kembali pulih. Apa salahnya bukan untuk bersosial begini bukan? Perkongsian video mereka ini telah meraih lebih ribuan tontonan dan likes.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai video ini di ruangan komen seperti berikut:

Tak memasal dapat kawan2 baru. Bestnye…

Penghuni Pusat Kuarantin 3Rakyat Malaysia memang ceria dan lucu2. Hahaha…Stay safe gaisss

Penghuni Pusat Kuarantin 2Ada hikmah semuanya berlaku..Habis Covid nanti semua set2 ajak lepak sekali sebab dah jadi member

Penghuni Pusat Kuarantin 1

Dalam video yang berasingan, pesakit dilihat berolahraga dengan barisan depan perubatan, sementara mereka berdiri di belakang tingkap kaca
[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/lb8jWYq2/gelagat-penghuni-pusat-kuarantin-maeps_hd.mp4[/KGVID]

Sebilangan daripada mereka juga menghabiskan masa bermain kad antara satu sama lain.

Video itu dipotong ke adegan lain yang menunjukkan semua orang secara bersama-sama menyanyikan ‘Selamat Hari Jadi’ kepada seseorang di pusat itu.

Kredit: HCL / Says

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker