Demi swafoto, pelancong maut jatuh dari ketinggian 80 meter

Seorang pelancong maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 80 meter kerana cuba bergambar di sebuah kawasan tumpuan pelancong.

Lapor Mirror, mangsa yang berusia 38 tahun tergelincir dari pagar keselamatan dan terjatuh dari Menara Tinjau Baroka di Taman Negara Grampians di negeri Victoria.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3 petang waktu tempatan semalam.

Menurut laporan pihak berkuasa, wanita itu datang ke lokasi kejadian bersama keluarganya untuk bercuti dan insiden menyayat hati itu berlaku di depan ahli keluarganya.

Sehubungan itu, polis melakukan siasatan berhubung insiden tersebut dan kematian wanita berkenaan disifatkan sebagai kematian mengejut.

Satu operasi juga dijalankan untuk membawa keluar mayat mangsa dari tempat kejadian.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker