40-an, 50-an makin ramai di ICU

Sebaran :

40-an, 50-an makin ramai di ICU, kata KP Kesihatan

Golongan berusia 40-an dan 50-an, bukannya warga emas, kini lebih berkemungkinan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) untuk rawatan Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, ini berdasarkan laporan daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).

“Situasi ini membuktikan vaksin membantu mengurangkan jangkitan Covid-19 dalam kalangan golongan rentan dan warga emas,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menggesa rakyat berusia 18 hingga 59 tahun mendaftar untuk vaksin dan memastikan mematuhi janji temu ditetapkan.

Mengulas bilangan kes harian yang masih tinggi, Hisham mengakui katil hospital terutama di ICU dipenuhi pesakit Covid-19.

Katanya, 2.4% daripada 11,985 jangkitan direkodkan hari ini dalam Kategori 3, 4 dan 5, manakala baki 97.6% dalam Kategori 1 dan 2, dan ini berdasarkan keadaan klinikal mereka ketika pertama kali didiagnos dengan virus itu.

“Ada antaranya kekal dalam kategori sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada yang status kesihatan turut berubah sama ada lebih baik atau buruk,” katanya. FMT

40-an, 50-an makin ramai di ICU


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Seleweng RM1.12 juta, bekas menteri didakwa esok [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply