Lucu! Pemuda Terima Kucupan Lembu Korban Semasa Selfie

Lucu! Pemuda Terima Kucupan Lembu Korban Semasa Selfie

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia yang ingin berswafoto bersama seekor lembu korban dicium oleh lembu tersebut secara tiba-tiba sehingga menjadikan gambar tersebut tular di media sosial, lapor laman berita Solopos.com hari ini.

Dalam gambar yang dikongsikan di Facebook itu, lelaki berkenaan sedang duduk di atas tanah bersama seekor lembu berwarna coklat.

Dia kemudiannya membuat isyarat ‘bagus’ sebelum lembu tersebut secara tiba-tiba mencium pipinya.

“Mohon maaf zahir dan batin. Salam Aidiladha 1442H #kenangan salam dari Gorontalo,” tulis lelaki itu pada kapsyen gambar tersebut.

Gambar itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen dengan ramai yang melahirkan rasa lucu melihat aksi spontan lembu tersebut.

“Cipta kenangan indah sebelum dijadikan bakso dan sate,” tulis seorang netizen.

“Nanti kamu tidak akan mendapat ciuman mesranya lagi,” tulis seorang lagi pengguna. – AGENSI

Lucu! Pemuda Terima Kucupan Lembu Korban Semasa Selfie


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

Demi swafoto, pelancong maut jatuh dari ketinggian 80 meter

[VIDEO] Asyik ‘Berselfie’, Tujuh Penumpang Mati Lemas Selepas Bot Terbalik

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker