Rossa selalu keluarkan duit untuk Afgan

Rossa selalu keluarkan duit untuk Afgan

Teman baik ‘pecah tembelang’ Rossa selalu keluar duit untuk Afgan

HUBUNGAN rapat yang terjalin antara penyanyi Indonesia, Datuk Seri Rossa dan Afgan bukan lagi rahsia terutama dalam kalangan teman baiknya.

Salah seorang rakan rapat Rossa iaitu pelakon dan pereka fesyen, Ivan Gunawan mendedahkan Afgan tidak pernah mengeluarkan wang belanja ketika mereka bercuti bersama.



“Tahu tak apa yang seronok kalau bercuti dengan Rossa, saya kalau dengannya tak pernah keluarkan duit…Afgan pun tak pernah keluar duit,” dedah Ivan dalam satu rakaman podcast bersama Rossa baru-baru ini.

Mendengarkan kata-kata Ivan itu, Rossa lantas menyangkal semua kenyataan yang dikeluarkan oleh sahabat baiknya.

“Sedap saja! Itu fitnah ya…sekali-sekala saja,” jawabnya.

Namun bagaimanapun, Ivan tidak berdiam diri dan menegaskan dia tidak berbohong.



Menurut Ivan lagi, dia sendiri melihat Rossa selalu mengeluarkan duit dan membayar barangan yang dibeli Afgan ketika bercuti bersama.

“Tak tipu. Beberapa kali bercuti dengan mereka, Afgan tak pernah keluarkan dompetnya,” ujar Ivan lagi.

Jelas Rossa, dia hanya meminjam kan dulu wangnya dan akan dibayar semula oleh Afgan. Utv

Rossa selalu keluarkan duit untuk Afgan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Aliff Syukri derita rindu berbelanja di Pavillion



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker