Masjid dikompaun RM10,000, langgar SOP solat Jumaat


Masjid dikompaun RM10,000 kerana langgar SOP solat Jumaat

Seramai 13 individu yang menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Kuala Kedah dekat Alor Setar hari ini dikompaun keseluruhan berjumlah RM19,500 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata bertindak atas maklumat awam, tiga pasukan pemantauan Op COVID-19 bersama satu pasukan daripada Kementerian Dalam Negeri telah ke lokasi berkenaan kira-kira 2 petang tadi dan mendapati 34 individu termasuk kanak-kanak berada di dalam masjid itu.

“Kita biarkan mereka selesai solat dahulu sebelum mengambil tindakan. Mereka menjaga jarak dan memakai pelitup muka semasa solat tetapi melanggar SOP berkaitan jumlah jemaah,” katanya kepada pemberita di Alor Setar.

Berdasarkan arahan pelaksanaan aktiviti keagamaan dalam tempoh PKP Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, hanya 13 individu terdiri daripada pegawai dan jawatankuasa kariah dibenarkan menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau di negeri itu.

Menurutnya daripada 34 jemaah itu, polis mengeluarkan kompaun terhadap 13 individu berusia antara 18 hingga 82 tahun sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Beliau berkata pihak masjid turut dikenakan kompaun berjumlah RM10,000 kerana gagal memastikan pematuhan SOP.

Menurut Ahmad Shukri beberapa lagi jemaah yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya, warga emas dan kanak-kanak tidak dikenakan kompaun kerana mempunyai alasan munasabah.

Dalam pada itu, beliau berkata masih ada masyarakat yang memberi alasan atau bersikap pura-pura tidak tahu mengenai SOP walaupun situasi pandemik COVID-19 sudah berlarutan agak lama di negara ini.

Masjid dikompaun RM10,000 kerana langgar SOP solat Jumaat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Aliff Syukri derita rindu berbelanja di Pavillion

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker