30 bomba padam kebakaran gudang elektrik

30 bomba padam kebakaran gudang elektrik

SEBERANG PERAI – Sebuah gudang menyimpan peralatan elektrik dan elektronik di Jalan Rozhan di Bukit Mertajam di sini musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran malam tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.28 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.



Menurutnya, kebakaran berkenaan membabitkan sebuah bangunan dua tingkat berkeluasan kira-kira 2,000 meter persegi.

“Bangunan itu dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu kawasan gudang seluas 836 meter persegi yang musnah sepenuhnya, pejabat (836 meter persegi) musnah 30 peratus, dan tempat memuat barang (334 meter persegi) musnah 30 peratus.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 11.15 malam dan operasi itu ditamatkan pada pukul 5.27 pagi tadi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau menambah, operasi berkenaan membabitkan kira-kira 30 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam, Bandar Perda, Sungai Bakap dan Jalan Perak serta beberapa pasukan bomba sukarela berhampiran.

Menurutnya, punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami pemilik premis itu masih dalam siasatan, manakala pasukan Unit Pengesan (K9) turut digunakan bagi membantu siasatan. K Online



30 bomba padam kebakaran gudang elektrik

Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker