Ura-ura Najib Naik, Kini Ringgit Naik

Oleh Edisi siasat

Tanda tanya siapa yang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 9 masih lagi belum terjawab hingga ke saat ini.

Tidak dapat dinafikan, perlantikan seorang Perdana Menteri mempunyai kesan langsung yang sangat besar ke atas ekonomi negara, terutamanya keyakinan pelabur asing, pasaran saham dan nilai matawang.

Sumber dalaman memaklumkan, mantan Perdana Menteri ke 6, DS Najib Razak, adalah antara calon yang popular akan dilantik sebagai Perdana Menteri ke 9.

Khabar angin yang sedang berlegar itu dengan segera telah mengukuhkan nilai ringgit di pasaran matawang dunia.

Asas kepada keyakinan pelabur terhadap kenaikan matawang ringgit adalah berdasarkan kepada beberapa faktor:

Pencapaian Cemerlang DS Najib Sebagai Perdana Menteri Ke 6(Program Transformasi Ekonomi)

Pada 21 September 2010, DS Najib telah melancarkan Program Transformasi Ekonomi, ia merupakan pelan transformasi ekonomi yang komprehensif untuk menggerakkan ekonomi Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.

Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan pendapatan negara kasar (GNI) kepada AS $ 523 bilion menjelang 2020, dan meningkatkan pendapatan per kapita dari US $ 6,700 kepada sekurang-kurangnya AS $ 15,000, memenuhi ambang Bank Dunia untuk negara berpendapatan tinggi.

Dianggarkan bahawa Malaysia akan dapat mencapai sasaran yang ditetapkan jika GNI meningkat sebanyak 6% setahun.

Di bawah program ini, maka lahirlah syarikat-syarikat Malaysia yang bertaraf dunia seperti IHH Healthcare Malaysia.

Ia juga telah meletakkan Malaysia sebagai salah satu kuasa ekonomi Asia hingga Malaysia digelar sebagai Harimau Ekonomi Asia.

Namun perancangan transformasi ekonomi jangkamasa panjang telah dimusnahkan apabila Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negara pada 2018.

Hubungan Diplomatik Yang Baik Dengan Negara Luar

DI era pemerintahan DS Najib, Malaysia mengamalkan dasar pengukuhan hubungan diplomatik dengan negara luar, terutamnya dengan kuasa ekonomi dunia seperti China dan Amerika Syarikat.

Dalam tahun 2017 sahaja, sewaktu lawatan DS Najib ke negara China, beliau telah berjaya membawa masuk FDI sebanyak RM144 bilion.

Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-bisnes/ekonomi-negara-kekal-stabil-dan-kukuh-pm-najib-148138

DS Najib juga mempunyai hubungan yang cukup baik dengan negara-negara Arab.

Sumber dalaman memaklumkan, bantuan perubatan yang diberikan oleh Arab Saudi kepada Malaysia untuk membantu negara dari bebanan pandemik Covid-19 tempuh hari, adalah berkait rapat dengan hubungan yang cukup baik antara DS Najib dan keluarga Di Raja Arab Saudi.

Di Kenali Sebagai Bapa Kebajikan Rakyat Malaysia

Pada tahun 2009, DS Najib memperkenalkan konsep 1Malaysia dengan slogan Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan.

Ia bukan sekadar retorik politik, malah diterjemahkan di era pentadbiran beliau.

Tidak dapat dinafikan, di era pemerintahan DS Najib, pelbagai bantuan telah disalurkan kepada pelbagai kumpulan ekonomi rakyat Malaysia.

Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M), yang dituduh sebagai rasuah politik oleh Dr Mahathir tetapi diteruskan juga di era pemerintahan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional adalah pakej rangsangan ekonomi tahunan yang diilhamkan dan dimulakan oleh DS Najib.

Antara program-program mesra rakyat yang dapat dinikmati di era pemerintahan DS Najib ialah Tabung Amanah Saham 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia, Program 1AZAM(Akhiri Zaman Kemiskinan), Transformasi Kedai Runcit Kecil(TUKAR), Kedai Rakyat 1Malaysia(KR1M), pusat sehenti UTC dan RTC serta berbagai program lagi.

Berdasarkan rekod pencapaian DS Najib yang begitu cemerlang, maka tidak keterlaluan jika DS Najib adalah Perdana Menteri terbaik yang pernah memerintah Malaysia.

Tidak nampak ada kriteria yang sama kepada calon-calon Perdana Menteri ke 9 yang turut disenaraikan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker