Wanita baju merah tendang, tengking budak di tepi jalan

Wanita baju merah tendang, tengking budak di tepi jalan

SATU klip video pendek menunjukkan seorang wanita berbaju merah menendang dan menengking seorang kanak-kanak lelaki di tepi Jalan McNair, Singapura mula heboh diperkatakan republik itu semalam.

Klip video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook negara itu bernama Anama O’Reilly, telah membuatkan netizen bimbang kemungkinan berlaku kes penderaan kanak-kanak dan menggesa satu laporan polis dibuat segera, lapor portal theindependent.sg.



“Cara dia mengelak kelihatan seperti dia kerap dipukul,” tulis pemilik akaun Facebook itu, merujuk kepada kanak yang ditengking dan ditendang oleh seorang wanita.

O’Reilly turut memuat naik klip video menunjukkan seorang wanita berdiri bersebelahan kanak-kanak lelaki ketika sebuah bas berhenti.

Wanita itu dilihat menengking ke arah kanak-kanak itu sebelum bertindak menendang pada bahagian paha.

Kanak-kanak itu kemudian cepat-cepat mengundur diri dan mengangkat tangan seperti menyuruh wanita itu berhenti menyakitinya.



Wanita berbaju merah itu kemudian menuding jari ke arah kanak-kanak lelaki itu sambil memarahinya.

Daripada klip video tersebut jelas kelihatan kanak-kanak itu ketakutan selepas dimarahi wanita tersebut.

Rata-rata netizen yang menyaksikan klip video tersebut supaya satu laporan polis dibuat dan video tersebut dijadikan bukti terhadap apa yang berlaku.

“Tolong buat laporan polis. Kanak-kanak itu memerlukan pertolongan. Ia jelas satu penderaan kanak-kanak,” komen pengguna Facebook Tieu Linh.



“Jika wanita itu boleh lakukan perkara itu di tempat awam, bayangkan apa yang terjadi di belakang kita,” kata Douglas Kwok.

Sementara itu, dalam kemas kini terbaharu O’Reilly berkata, dia telah dihubungi pihak berkuasa dan memberitahu akan menyiasat kes berkenaan. Utv

Wanita baju merah tendang, tengking budak di tepi jalan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu



Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker