Tentera AS reka bra perisai taktikal lindungi askar wanita

Tentera AS reka bra perisai taktikal lindungi askar wanita

Jabatan Pembangunan Keupayaan Tempur Tentera Darat Amerika Syarikat (AS) sedang menguji produk canggih dikenali sebagai Bra Askar Taktikal (ATB) yang dapat memudahkan pergerakan anggota tentera wanita, lapor akhbar New York Post semalam.

Pada musim luruh tahun ini, Pasukan Prototaip Corak Reka Bentuk Pusat Askar dijangka membentangkan penilaian awal projek tersebut kepada Lembaga Uniform Tentera Darat (AUB) yang akan menjadikan ATB sebagai program rasmi.



“Jika AUB menjadikan ATB sebagai program rasmi, kami ingin mempromosikannya sebagai kemenangan besar untuk seluruh askar wanita” kata Pegawai Hal Ehwal Awam Pusat Askar, Jeff Sisto.

Pembangunan pakaian dalam berkenaan bermula berdasarkan kaji selidik melibatkan askar-askar wanita tentang jenis fungsi dan pilihan keutamaan yang perlu dipertimbangkan semasa reka bentuk awalnya.

“Bra ini dilabelkan sebagai taktikal, ia bukannya item seperti pakaian sukan,” demikian menurut Soldier Touchpoints yang bertanggungjawab menghasilkan produk tersebut.

Bra itu boleh diseragamkan bersama jaket perisai badan sedia ada untuk memberikan perlindungan tambahan kepada askar wanita.



“Pihak kami sedang menilai pilihan seperti penggunaan fabrik kalis api dan bahan perlindungan mampat sambil mengambil kira kepentingan ketepatan saiz dan tahap keselesaan di samping faktor pengurusan kelembapan dan kebolehnafasan,” kata Touchpoints.

“Matlamat keseluruhan adalah untuk menghasilkan pakaian dalam yang bukan sahaja melindungi tetapi turut mengurangkan bebanan kognitif terhadap askar wanita yang disebabkan oleh ketidakselesaan.

“Penciptaan bra taktikal ini akan meningkatkan tahap kesediaan dan prestasi keseluruhan askar wanita sekali gus membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada misi ,” kata pereka pakaian dan ketua projek ATB, Ashley Cushon. K Online

Tentera AS reka bra perisai taktikal lindungi askar wanita




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri



Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker