Firdaus Wong, Zamri Vinoth difailkan pendakwaan

Firdaus Wong, Zamri Vinoth difailkan pendakwaan

2 individu mahu mualaf Muslim didakwa hina agama bukan Islam

Dua individu memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi untuk mencabar kuasa budi bicara peguam negara untuk tidak mendakwa dua mualaf Muslim yang dituduh menghina agama bukan Islam.



S Sivakumar dan M Rajasegaran mahu pengisytiharan terhadap keputusan peguam negara untuk tidak mendakwa Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu dan Firdaus Wong Wai Hung seperti direkodkan di Mahkamah Majistret Shah Alam pada April 26 adalah tidak sah dan mesti dibatalkan.

Mereka juga meminta perintah daripada mahkamah untuk peguam negara memfailkan dakwaan terhadap dua mualaf Muslim itu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan penceramah kontroversi Dr Zakir Naik.

Sivakumar dan Rajasegaran memfailkan permohonan itu minggu lalu melalui Tetuan Gunaseelan & Associates dan kertas kausa telah disampaikan kepada peguam negara, yang dinamakan sebagai responden.

Pengurusan kes ditetapkan di hadapan hakim Ahmad Kamal Md Shahid pada 15 September.



Tindakan itu difailkan selepas timbalan pendakwa raya Ainul Amirah memberitahu majistret bahawa peguam negara tidak bercadang untuk mendakwa Zamri dan Firdaus.

Ainul berkata, peguam negara tidak bersedia untuk mendakwa penceramah dari Perlis, Zamri dan pengasas dan presiden Mualaf Berbilang Bangsa Firdaus kerana polis telah mengklasifikasikan kes itu sebagai “tiada tindakan lanjut” (NFA).

Bekas pramugara S Shashi Kumar memfailkan aduan kepada majistret untuk memulakan pendakwaan secara tertutup terhadap mereka dan masih tertangguh di Mahkamah Majistret Shah Alam.


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Shashi Kumar meminta satu perintah dikeluarkan oleh majistret di bawah Seksyen 133 Kanun Prosedur Jenayah supaya dakwaan dikemukakan terhadap mereka mengikut Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sivakumar, yang mengesahkan afidavit untuk menyokong permohonan semakan kehakiman berkata, peguam negara diberi kuasa budi bicara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan untuk membawa, melaksanakan dan memberhentikan apa-apa prosiding jenayah.

Dia berkata, dia tahu Shashi Kumar telah memulakan prosiding di Mahkamah Majistret dan klasifikasi NFA adalah tidak munasabah dan tidak seimbang.



Katanya, dia membuat laporan polis terhadap Zamri pada 24 April 2019 selepas mendapati penceramah itu memuat naik hantaran di Facebook yang didakwa menghina agama Hindu dan amalan mereka.

“Ini bertujuan menimbulkan kebencian dan menghina mereka yang mengamalkan agama ini,” katanya yang menambah bahawa terdapat ramai lagi individu yang membuat laporan polis terhadap Zamri.

Sivakumar berkata, dia dinasihatkan peguamnya bahawa Zamri telah melanggar beberapa undang-undang dan harus didakwa.

Katanya, satu laporan turut dibuat terhadap Firdaus pada 21 Januari 2018 kerana didakwa menghina agama bukan Islam di Facebook dan YouTube. FMT



Firdaus Wong, Zamri Vinoth difailkan pendakwaan

Tak perlu lantik TPM pun, jangan peningkan kepala



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker