Putri Qaseh tak guna kontroversi untuk kejar populariti

Putri Qaseh tak guna kontroversi untuk kejar populariti

MENGGALAS peranan hidup sebagai seorang pelakon di usia yang cukup muda bukan sesuatu yang mudah bagi Putri Qaseh Izwandy. Banyak perkara yang harus dikorbankan, yang mungkin tidak terlihat dari mata kasar.

Tetapi ramai yang mengagumi aktress berusia 15 tahun ini. Dia tidak pernah meletakkan noktah dalam pembelajaran di sekolah. Baginya, itu bukan sesuatu yang harus dia lepaskan.



Momen bersama murid lain.

Di kala mungkin ramai pelakon remaja lain memilih untuk meninggalkan alam persekolahan dan mula belajar sendiri di rumah, namun Putri Qaseh berbeza acuan. Dia tetap bersekolah seperti biasa.

“Saya ada dengar juga, warganet membanding-bandingkan saya dengan pelakon remaja lain. Saya masih bersekolah, mereka memilih untuk home-school. Itu terpulang kepada kemahuan dan keperluan masing-masing.

“Walaupun trofi sudah ada dalam genggaman tetapi itu bukan penamat atau puncak kejayaan. Di usia muda ini, saya mahu capai lebih. Masih banyak ruang yang boleh diperbaiki dan dipelajari.



“Tetapi dalam pada masa sama, saya mahu menuntut ilmu dan menjalani hidup seperti remaja lain. Kalau tiada penggambaran, saya akan ke sekolah macam biasa. Bila perlu cuti, saya akan hantar surat,”ujarnya.

Mengakui pernah dibuli di sekolah sewaktu awal pembabitan dalam industri seni lakonan, pemegang trofi Pelakon Kanak-kanak Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 itu tidak cepat mengalah.

Cuma dia bersyukur, sesi pembulian itu tidak keterlaluan dan sekadar ejekan lantaran rakan-rakan sekolahnya terhibur melihat lakonan dan karakternya di layar perak atau kaca.

“Saya pernah sahaja jadi masa buli, sekitar usia 13 tahun dan sebelum itu. Kena ejek dengan murid lain. Tetapi sekarang mereka sudah biasa dengan status saya sebagai pelakon.



“Layanan di sekolah juga sama. Tiada keistimewaan atau kelebihan dengan status sebagai pelakon. Saya pergi sekolah, belajar sama seperti rakan-rakan lain. Sebab itu mereka mudah terima,”katanya.

WALID

Sedayanya menolak untuk terpalit kontroversi di usia muda, pelakon yang bakal muncul dengan filem Walid ini tidak mahu terlalu mengejar publisiti atau populariti semata-mata untuk dikenali.

Dia juga tidak mahu melibatkan diri dalam sebarang pergaduhan, perselisihan faham antara rakan pelakon remaja lain yang kerap kali menjadi bahan bualan warganet di media sosial.



“Saya pun tidaklah aktif sangat di media sosial. Kebanyakkan perkongsian adalah berkaitan kerja. Kalau bertemu dengan rakan pelakon remaja lain pun, itu sebagai rakan satu industri.

“Kalau boleh, saya tak mahu ambil tahu sangat tentang perselisihan apa-apa. Bagi saya tak penting pun kontroversi itu. Saya cuba untuk jadi artis tanpa kontroversi.

“Sebab apa pun cerita atau isu sensasi itu datang daripada kita sendiri, jadi saya tak mahu mencemarkan nama baik keluarga dan diri sendiri,”kongsinya.

Bercakap soal Walid, Putri Qaseh mengakui naskhah tersebut memberi cabaran berbeza dan dia teruja untuk menanti respons peminat filem tanah air terhadap karya arahan Areel Abu Bakar itu.



“Bila tengok tayangan, saya rasa sudah buat yang cukup baik untuk Walid. Tetapi kelakar sebenarnya tengok diri sendiri berlakon kan? Saya cuba cari kesalahan dan ruang untuk saya perbaiki.

“Sebagai pelakon, memang saya ada watak idaman. Tetapi untuk masa ini, saya ikut tawaran. Watak dan karakter yang ditawarkan,’” ujarnya yang meminati Maya Karin. Utusan

Putri Qaseh tak guna kontroversi untuk kejar populariti

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin

Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)

Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula

Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker