Kes salah guna kuasa, MB Perlis disiasat selama 8 jam

PUTRAJAYA: Selepas hampir lapan jam diambil keterangan, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi sebentar tadi.

“Betullah seperti itu (dibebaskan dengan jaminan SPRM).



“Bahagian Komunikasi Korporat (SPRM) akan keluarkan kenyataan rasmi nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Mohd Shukri dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Setakat jam 6 petang tadi, Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis belum dilihat keluar dari bangunan Ibu Pejabat SPRM.

Terdahulu, Mohd Shukri tiba di bangunan Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 10 pagi.



Difahamkan, beliau pada mulanya hadir memberi keterangan berhubung siasatan kes pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000 membabitkan anak lelakinya.

Bagaimanapun, sejurus selesai proses berkenaan, Mohd Shukri sekali lagi dirakam percakapannya, kali ini membabitkan kes salah guna kuasa.

Azam turut mengesahkan Mohd Shukri hadir bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Media sebelum ini melaporkan anak kepada Menteri Besar Perlis itu antara enam individu yang direman oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.



Terdahulu, Ahad lalu SPRM dilaporkan sedang menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air, kerana disyaki melantik beberapa syarikat dipercayai mempunyai kepentingan dengannya membabitkan projek pembekalan dianggar bernilai RM300,000.

Pemimpin itu juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan, yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta yang dipercayai mempunyai kepentingan dengan anak pemimpin berkenaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka



Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker