Guna elektrik macam ayah bayar, PM tegur penjawat awam

Guna elektrik macam ayah bayar, PM tegur penjawat awam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menasihatkan penjawat awam supaya terus melakukan langkah penjimatan bagi memastikan dana awam tidak dibazirkan begitu sahaja.

Beliau berkata, penjawat tidak perlu melihat soal pembaziran dalam konteks yang besar sahaja sebaliknya isu kecil seperti menutup lampu pejabat dan pemberian pen mengikut jawatan juga perlu dilakukan.



“Membazir tidak perlu yang besar, macam menggunakan elektrik seperti ‘ayah kita yang bayar’. Contohnya, beri lima batang pen kepada ketua jawatan tetapi Ketua Setiausaha, 10; menteri, 15; Perdana Menteri, 20.

“Itu semua kita kena baiki sebab ia adalah dana awam,” katanya pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Oktober, di sini hari ini.

Beliau turut meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), memainkan peranan dalam memastikan budaya pembaziran tidak diamalkan dalam kalangan kakitangan awam.

“JAKIM kena bantu beri peringatan dari sekecil-kecil dan sebesar-besar pembaziran.



“Masa saya berkhidmat di Jalan Duta satu masa dahulu, bila lihat ada lampu terbuka, saya minta ketua jabatan untuk tutup kerana ia bukan duit anda tetapi dana awam. Saya harap kita mulakan satu budaya, kerana melalui penjimatan, kita dapat buat banyak perkara lain,” katanya. BH

Guna elektrik macam ayah bayar, PM tegur penjawat awam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker