Keputusan kerajaan selalu ‘flip flop’ – Salleh Said Keruak

Keputusan kerajaan selalu ‘flip flop’ - Salleh Said Keruak

PETALING JAYA: Keputusan kerajaan selalu ‘flip flop’ – Salleh Said Keruak . Seorang bekas menteri persekutuan berkata, kemarahan rakyat secara amnya berpunca daripada keputusan “flip flop” kerajaan dalam menangani krisis peningkatan kes Covid-19.

Salleh Said Keruak, menyarankan kerajaan menyediakan pelan komunikasi dalam membuat sebarang keputusan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat, yang hanya akan menghilangkan kepercayaan mereka terhadap keberkesanannya.

Beliau merujuk kepada situasi rakyat yang mula mempersoalkan keberkesanan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 pada Khamis lalu.



“Pihak yang bertanggungjawab haruslah tidak terburu-buru dan gopoh dalam membuat sebarang keputusan selain tidak tunduk dengan desakan mana-mana pihak,” katanya, dengan menambah ketegasan adalah kunci untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

Beliau berkata, kaedah masa kini yang sekadar tertumpu pada pengumuman, kenyataan dan grafik dilihat mengelirukan dan tidak berkesan.

Pada 4 Mei, kerajaan mengumumkan PKP 3.0 dikuatkuasakan di enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang mulai 6 Mei.

Sehari kemudian, kerajaan turut mengumumkan PKP dikuatkuasakan di Kuala Lumpur bermula 7 Mei.



Salleh berkata, segala keputusan yang diambil perlu difikirkan sedalam-dalamnya dengan mengambil kira semua faktor termasuk data yang sahih.

“Terlalu ramai jurucakap juga tidak membantu kerana percanggahan pandangan antara mereka akan menimbulkan persepsi negatif dan menambah kekeliruan pada rakyat,” katanya.

Artikel Menarik :

Salleh Said Keruak catat majoriti terbesar di kalangan calon BN yang menang.



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker