Bapa Penyanyi Krisdayanti Meninggal Dunia

Bapa Penyanyi Krisdayanti Meninggal Dunia

“Maafkan aku tidak dapat temani papa pergi.”

Kata-kata Krisdayanti pada hantaran di akaun Instagram peribadinya mengundang kesedihan dalam kalangan netizen serta rakan-rakan artis.

Nota ringkas itu sebagai menyatakan rasa kesalnya penyanyi masyhur Indonesia itu kerana tidak berada di samping ayahnya, Trenggono yang menghembuskan nafas terakhir di Denpasar, Bali pada Khamis.



Dalam perkongsian itu, isteri kepada usahawan Raul Lemos ini memuat naik foto kenangan bapanya dan paparan skrin ketika dia membuat panggilan video melihat jenazah buat kali terakhir.

Penyanyi lagu Menghitung Hari ini dilihat menitiskan air mata menatap wajah bapanya.



Allahyarham Trenggono meninggal dunia pada usia 79 tahun.

Bagaimanapun, dalam hantaran itu, Krisdayanti tidak pula memaklumkan sebab kematian ayahnya.

“Innalilahi wa innailaihi rojiun. Telah meninggal dengan tenang di Denpasar Bali tgl.15 Juli 2021 pukul 15.00 WITA,” tulis penyanyi lagu Menghitung Hari itu.

Pengumuman berita duka itu turut diiringi foto Allahyarham ayahnya ketika muda.





“Mohon dapat didoakan agar alm dapat diampuni dosa-dosanya dan diterima semua amal ibadahnya,” kata selebriti yang juga seorang wakil rakyat di negara republik itu.-Instagram Krisdayanti

Bapa Penyanyi Krisdayanti Meninggal Dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




“Mantap! Mantap!”- Askar Pengaman Ireland Puji Abis Berkali-Kali Keenakan Rasa Nasi Lemak [VIDEO]

Krisdayanti digelar Gadis Baywatch Indonesia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker