Jangan bimbang, Nora stabil

Jangan bimbang, Nora stabil

“Alhamdulillah, keadaan Nora stabil dan tidak membimbangkan.”

Demikian perkongsian pengurus kepada Datuk Nora Ariffin yang dikenali sebagai Jaja mengenai perkembangan terkini penyanyi itu apabila dihubungi.

Menurutnya, Nora yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta di Kajang kini berada dalam keadaan stabil.

Bahkan katanya, suami Nora iaitu Dr. Rushdi Ramli memaklumkan keadaan penyanyi itu tidak membimbangkan.

“Alhamdulillah, keadaan Nora stabil dan tidak membimbangkan. Dia juga dalam keadaan sedar.

“Mohon doakan agar Nora diberikan kesembuhan,” kongsinya kepada Kosmo! Online hari ini.

Tambahnya, pelantun lagu Hanya Satu itu dimasukkan ke hospital pada Ahad lalu selepas mengalami demam panas dan sesak nafas.

Sejak semalam, tular tangkap layar perkongsian Rusdhi dalam Instagram memaklumkan Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 50, terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Kajang akibat sesak nafas.

Menerusi perkongsian tersebut, Rushdi turut memohon orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan isterinya itu. K Online

Jangan bimbang, Nora stabil

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker