Peluncur udara maut terhempas di cerun konkrit Lebuhraya Pan Borneo

KOTA KINABALU – Seorang lelaki yang melakukan aktiviti luncur udara atau paragliding maut selepas terhempas pada cerun konkrit dalam kejadian berdekatan kawasan Projek Lebuhraya Pan Borneo Kampung Keliangau, Manggatal petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa yang berusia 26 tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa membawa seorang penumpang meluncur udara menuruni bukit dari kawasan Bukit Kokol, Manggatal dan berjaya mendarat dengan selamat.



Bagaimanapun, sejurus menurunkan penumpang, tali payung luncur udara yang belum ditanggalkan daripada badan secara tiba-tiba ditiup angin kuat sehingga mengakibatkan mangsa terbang sebelum tubuhnya terhempas ke cerun konkrit.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan siasatan masih dijalankan

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan lanjut. Siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut,” katanya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest



Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia

 



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker