Tarikh sebenar al-Quran diturunkan

Tarikh sebenar al-Quran diturunkan

Perihal turunnya al-Quran, ulama sepakat bahawa surah al-Alaq ayat 1-5 adalah ayat al-Quran yang pertama sekali diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril. Dan ia terjadi pada bulan Ramadan. Namun begitu terdapat beza pandangan antara ulama berkaitan tarikh sebenar ia diturunkan.

Selain 17 Ramadan yang masyhur sebagai tarikh turunnya al-Quran, sebenarnya terdapat tiga lagi pandangan lain berkait dengan tarikh sebenar al-Quran diturunkan.



Adapun pandangan pertama pada tanggal 17 Ramadan, pendapat ini didasarkan pada surah al-Anfal ayat 41,

“Dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad) di hari Furqan iaitu di hari bertemunya dua pasukan. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”

Menurut ulama, maksud yaumul furqan adalah waktu bertemunya dua pasukan iaitu kaum muslimin dan kafir Quraisy di Badar atau disebut dengan Perang Badar. Imam at-Thabari mengambil pendapat dari al-Hassan bin Ali terkait maksud dari yaumul taqal Jam’an iaitu,

“Yang dimaksud dengan malam al-furqan yaumul taqal Jam’an adalah tanggal 17 bulan Ramadan.”



Pendapat ini disahihkan oleh Ibnu Katsir yang mengambil pendapat al-Waqidi bahawa permulaan wahyu adalah pada 17 Ramadan. Dan inilah pandangan yang dipegang oleh sebahagian ulama sirah antaranya ialah Syaikh al-Khudhari yang merujuk kepada suatu riwayat daripada al-Waqidi.

Pandangan kedua. Dari pendapat Ibnu Katsir ini juga mulai muncul pendapat yang menyebutkan bahawa nuzul al-Quran berlaku pada 24 Ramadan. Pendapat ini didasarkan kepada pendapat Imam Ahmad bin Hanbal dari al-Wasilah yang menyebutkan tarikh-tarikh diturunkan kitab suci mulai dari suhuf Ibrahim, Injil, Taurat dan al-Quran.

Suhuf Ibrahim diturunkan pada awal malam bulan Ramadan, Taurat diturunkan pada 6 Ramadan, Injil pula turun pada 23 Ramadan dan al-Quran turun pada 24 Ramadan.

Pandangan ketiga. Di dalam beberapa ayat al-Quran disebutkan bahawa al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar seperti ayat 1 surah al-Qadr,



“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam Lailatul Qadar”

Pandangan keempat. Pandangan lain menyebutkan al-Quran turun pada Tarikh 18 dan ada juga yang menyebut 19 Ramadan. Hal ini disebut oleh Ibnu Atsir dalam salah satu kitabnya bertajuk “al-Kamil fit Tarikh”

Tidak ada perbezaan tentang terjadinya nuzul al-Quran pada hari Isnin. Namun para ulama berbeza pendapat di hari Isnin yang mana paling tepat. Abu Qilabah berpendapat bahawa al-Quran diturunkan kepada nabi Muhammad pada 18 Ramadan. Sedangkan pendapat lain mengatakan 19 Ramadan.

Walaupun terdapat perbezaan pandangan antara para ulama tentang tarikh yang tepat bila al-Quran diturunkan, namun itu bukanlah satu perkara yang penting bagi kita umat Islam. Apa yang lebih penting untuk kita hayati adalah isi kandungan dan objektif utama ia diturunkan yang mana tidak lain untuk menjadi panduan kepada kita di dunia ini menjadi insan yang bertakwa.



Apalah guna jika kita tahu tarikh yang tepat al-Quran diturunkan akan tetapi kita tidak beriman dan beramal dengan al-Quran apa yang terkandung dalam al-Quran. Wallahu a’lam.

Tarikh sebenar al-Quran diturunkan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU



Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker