PN yakin menang PRU-15, keyakinan yang sama di PRN Melaka dan Johor

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mahu pengundi keluar mengundi beramai-ramai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini bagi memastikan kemenangan calon gabungan tersebut.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setakat 10 hari berkempen, majoriti pengundi sudah tidak sabar untuk keluar mengundi terutamanya pengundi pertama kali dan pengundi muda

Katanya, dengan tawaran manifesto menarik yang dibuat PN, penerimaan rakyat sangat baik dan mahu momentum tersebut diteruskan sehingga ke garisan penamat.



“Saya akui kami (PN) hadapi cabaran besar tetapi kita yakin sebahagian besar pengundi akan menyokong PN. Saya mahu 100 peratus keluar mengundi. Kalau tak dapat seratus peratus, dapat 90 atau 95 peratus pun boleh.

“Kalau jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN), tahulah musibahnya, begitu juga kalau jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH), kena ingat pemerintahan 22 bulan mereka,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PN di sini pada Isnin.

Ditanya mengenai keyakinannya bertanding di Parlimen Pagoh, Muhyiddin berkata pengundi di Parlimen itu sudah mengenalinya dan tahu memilih pemimpin yang akan mewakili mereka.

“Saya di sana (Parlimen Pagoh) dah lama, lebih dari 40 tahun. Orang Pagoh tahu apa yang saya buat di sana selama ini. Saya yakin akan dapat teruskan tanggungjawab saya di Pagoh,” katanya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]

Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)



Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker