Cukuplah Mahathir – Hamzah

Cukuplah Mahathir - Hamzah

Cukuplah Mahathir – Hamzah

‘Enough is enough,’ kata Hamzah kepada Dr M mengenai MAGERAN

“Enough is enough (cukup cukuplah)” – itu jawapan ringkas Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin mengenai tawaran Dr Mahathir Mohamad untuk memimpin sebuah pasukan khas ala Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) bagi menerajui negara.



“Saya tanya dia (Dr Mahathir), kalau dia tak jadi berhenti, tak jadilah permintaan itu. Jadi kalau kau dah berhenti (daripada) jadi PM yang lebih besar, enough is enough (cukup cukuplah), kata Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri.

Hamzah berkata demikian apabila diminta mengulas cadangan penubuhan badan ala MAGERAN yang dikemukakan Mahathir semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara, Khamis lalu.

Mahathir turut menawarkan diri untuk memimpin badan itu yang disifatkannya perlu kerana, apa yang dilihat beliau, sebagai kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengekang wabak Covid-19 dan beberapa krisis yang menyusul.

Dr. Mahathir semalam memberitahu FMT bahawa majlis itu akan dipandu oleh pakar-pakar dalam bidang berkenaan dan boleh memastikan negara tidak dibelenggui politik kepartian dalam menguruskan wabak berkenaan.



Mahathir juga berkata tidak semestinya beliau mengetuai badan ala MAGERAN yang dicadangkan itu, tetapi sesiapa sahaja yang berwibawa dan terbukti mempunyai pengalaman mengatasi krisis di masa lalu boleh dilantik memegang jawatan berkenaan.

Bagaimanapun, cadangan Mahathir itu ditolak bulat-bulat oleh beberapa parti politik utama, termasuk PAS yang menjadi sekutu utama Bersatu dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.

Mahathir keluar Bersatu dan meletak jawatan sebagai perdana menteri tahun lalu, susulan “Langkah Sheraton” yang menyebabkan kejatuhan Pakatan Harapan selepas memegang kuasa selama 22 bulan.

Ia membawa kepada pembentukan Perikatan Nasional dengan Muhyiddin mengambil alih jawatan perdana menteri menerusi sokongan Umno, PAS, GPS dan beberapa parti lain. MG



Cukuplah Mahathir – Hamzah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Mageran: Cukuplah Mahathir, peluang kedua sudah diberi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker