Al-Fatihah: Suami kepada Exco Perak meninggal dunia — MYKMU.NET

Al-Fatihah: Suami kepada Exco Perak meninggal dunia



Sebaran :

Suami kepada exco kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin meninggal dunia di kediaman mereka di Sunway Tambun, dekat sini, pagi ini.

Menurut kenyataan pegawainya, Allahyarham Edi Razman Mohd Ismail, 53, meninggal dunia kira-kira jam 6.50 pagi dipercayai akibat serangan jantung.

Jenazah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk ujian COVID-19 sebelum urusan pengebumian.



Allahyarham Edi Razman ialah anak kepada bekas exco kerajaan negeri Perak, Datuk Ainon Khariyah Mohd Abas.

Dr Wan Norashikin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah adalah Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri Perak.

Mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Elis, 21, yang sedang menuntut di United Kingdom, dan dua anak lelaki, Eric, 19 dan Ethan, 12.-Awani


Sebaran :


Leave a Reply