Perpaduan tanpa ikut petunjuk Allah adalah haram – Haji Hadi

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengingatkan hanya perpaduan yang mengikut hidayah (petunjuk) Allah sahaja akan membawa berkat, berwawasan kukuh dan kekal, daripada dunia hingga akhirat.

“Adapun perpaduan tanpa petunjuk Allah SWT tersebut adalah diharamkan, disebabkan oleh kerapuhannya.

“Ikatannya yang membawa padah di dunia dan akhirat kerana pelaksanaannya tidak berprinsipkan aqidah dan tidak mempunyai konsep amar ma‘ruf dan nahi munkar yang mengawal kehidupan manusia serta pergaulannya dalam bermasyarakat.

“Hal ini disebabkan tiada asas aqidah untuk mengawal diri dan tidak berakhlak,” katanya pada hantaran di media sosial hari ini.

Abdul Hadi menerusi hebahan mingguan Minda Presiden PAS menjelaskan konsep perpaduan yang wajib dan haram di dalam Islam tanpa menyentuh secara langsung politik negara.

Katanya, Allah SWT telah memerintahkan kepada Rasulullah SAW selaku pemimpin negara agar menjadikan Al-Quran sebagai satu-satunya petunjuk yang tertinggi, di samping dirinya sendiri yang menjadi teladan.

“Rasulullah SAW melaksanakan konsep perpaduan ketika menegakkan negara di Madinah dengan menyatukan penganut Islam dalam kalangan Muhajirin (yang datang daripada luar Madinah) dan Ansar (penduduk asal Madinah).

“Kemudiannya, diikuti pula dengan penyertaan golongan bukan Islam yang tidak ekstrem dan berdamai dengan pelbagai agama, sama ada dari Madinah dan dari luarnya mengikut sempadan yang telah ditetapkan. Mereka semua termasuk dalam kalangan bukan Islam yang tidak bermusuh terhadap Islam, penganut dan negaranya.

K’jaan perpaduan singkat masa bertahan

“Semuanya telah dirakamkan dalam Sahifah Madinah (Piagam Madinah) yang terkenal,” katanya.

Menurut Abdul Hadi, konsep perpaduan yang menerima Islam memimpin, hukum Islam adalah tertinggi bagi menyelesaikan semua masalah yang berlaku dengan adil dan saksama.

“Kita menyaksikan ideologi yang memimpin kerajaan perpaduan berasaskan bangsa, ekonomi, sempadan wilayah, kerjasama pertahanan dan keamanan sangat singkat masa bertahannya.

“Hal ini demikian kerana, kepimpinan tidak boleh mengawal nafsu manusia yang tidak dikawal oleh akal dan ilmu yang berpandukan iman atau aqidah yang menjadi petunjuk Allah Pencipta alam,” katanya tanpa merujuk secara khusus kerajaan perpaduan yang dimaksudkannya itu.

Pun begitu, Abdul Hadi sebelum ini pernah menyatakan pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim bukan kerajaan perpaduan sebaliknya cuma “kerajaan minoriti.”

Abdul Hadi juga menuduh parti “bukan Islam” DAP mempunyai lebih banyak suara dalam kerajaan, ketika menjelaskan kenapa PN menolak saranan Yang di-Pertuan Agong supaya gabungan itu membentuk kerajaan perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH).

Ini meskipun daripada 148 ahli parlimen yang menyokong Anwar sebagai ahli parlimen, wakil rakyat Melayu merupakan jumlah paling ramai dengan 50 daripada mereka adalah berketurunan Melayu.

Ini diikuti oleh ahli Parlimen Cina, dengan 43 orang, bumiputera Islam dari Sabah dan Sarawak (27), bumiputera bukan Islam dari Sabah dan Sarawakr (16) dan India atau kaum-kaum lain (12).


 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker