Pemandu BMW naik hantu gara-gara kad akses tak boleh guna

Pemandu BMW naik hantu gara-gara kad akses tak boleh guna

SEORANG pemandu BMW tular selepas naik hantu terhadap pengawal keselamatan gara-gara kad akses miliknya tidak dapat digunakan.

Kejadian dilapor berlaku di sebuah kawasan kediaman dekat Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur, pada pukul 9.30 pagi kelmarin.



Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya mengesan rakaman pertengkaran terbabit di laman Twitter pada pagi semalam.

“Semakan mendapati pengadu yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun telah membuat laporan polis mengenai kejadian terbabit.

“Pengadu mendakwa suspek yang menaiki kereta BMW adalah penghuni di kawasan kediaman tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek telah membuat kecoh beberapa kali dan enggan memberikan kerjasama terhadap pengawal keselamatan.



Malah, suspek juga memarahi dan memaki hamun pengawal keselamatan bertugas dengan kata-kata kesat.

Katanya, pengadu sebagai saksi kejadian telah bertindak merekod perselisihan faham terbabit dan tampil membuat laporan polis.

“Siasatan polis mendapati pertengkaran berlaku selepas kad akses suspek tidak dapat digunakan,” ujarnya.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video tular tersebut kerana pengadu dan suspek telah menyelesaikan masalah secara baik.



Pengadu juga telah menarik laporan polis dan tidak mahu siasatan diteruskan.

Pemandu BMW naik hantu gara-gara kad akses tak boleh guna

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie



Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?

Shuib tersalah sebut nama isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker