Pengurusan pengebumian langgar SOP, kerajaan akan batal permit

Pengurusan pengebumian langgar SOP, kerajaan akan batal permit. Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan membatalkan permit operasi Badan Pengurusan Pengebumian Selain Orang Islam yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh hingga 28 Jun ini.

KPN dalam kenyataan berkata SOP pengurusan pengebumian selain orang Islam telah menetapkan syarat ketat iaitu aktiviti perarakan dan jamuan ‘dine-in’ bagi upacara pengebumian tidak dibenarkan.

Bagi pengurusan persiapan mayat serta upacara melepaskan abu mayat adalah dibenarkan dengan tidak lebih lima ahli keluarga manakala aktiviti penghormatan terakhir di rumah kediaman, tanah perkuburan dan krematorium pula dibenarkan dengan tidak lebih 10 ahli keluarga.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan aktiviti perarakan pengebumian yang berlaku di Taman Samudera di Kedah, manakala 11 lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sekumpulan individu dipercayai melanggar SOP dengan berarak mengiringi mayat di Jalan Siram, Pulau Pinang

Kementerian itu kesal dengan insiden perarakan mayat di Pulau Pinang dan Kedah yang melanggar SOP itu kerana ia boleh membawa risiko penularan wabak Covid-19 di dalam komuniti.

Menerusi kenyataan sama, menterinya Halimah Mohamed Sadique mengingatkan semua pihak supaya sentiasa bertanggungjawab mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan upacara pengebumian dapat dilaksanakan dalam tempoh sekatan pergerakan penuh.

Pengurusan pengebumian langgar SOP, kerajaan akan batal permit


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Syarat bahas di Parlimen tidak demokratik – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker