‘Hadiahkan tiket final Piala Malaysia kepada penyokong’

KUALA TERENGGANU: “Hadiahkan tiket final Piala Malaysia musim ini kepada pemain ke-12”.

Itu permintaan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas.

Beliau yang baharu sebulan memimpin kelab berkenaan berkata demikian dengan harapan agar pemain berjaya membawa pasukan mara ke final piala berprestij itu selepas terkandas di peringkat separuh akhir Piala FA pada Jun lalu.

Malam ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak, TFC bakal membuat perhitungan kedua dengan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) bagi menentukan pasukan mana yang bakal melangkah ke pentas final Piala Malaysia.

Atas kertas, TFC yang berkelebihan satu jaringan hasil kemenangan 2-1 ketika aksi separuh akhir pertama bulan lalu dilihat berpeluang cerah untuk mengulangi pencapaian 2018 mara ke final lebih-lebih lagi beraksi di tempat sendiri di hadapan lebih 30,000 peminat setia mereka.

“Buat pemain, mereka perlu fokus dalam perlawanan pada malam ini dan pada masa sama sentiasa berwaspada dengan ancaman dan taktikal skuad kendalian Nenad Bacina itu biarpun kini mendahului 2-1 hasil kemenangan pada aksi separuh akhir pertama bulan lalu.

“Anggaplah pertemuan itu bagaikan perlawanan akhir dan jadikan sokongan daripada peminat setia sebagai azimat tambahan untuk terus berjuang sepenuh hati dengan memberikan komitmen 200 peratus.

“Hadiahkan kepada penyokong setia skuad Penyu tiket final pada kali ini selepas terlepas aksi final Piala FA musim ini dan Piala Malaysia musim lalu, namun pada masa sama usah terlalu yakin, sebaliknya gunakan peluang ini untuk mengulangi pencapaian 2018 layak ke final.

“Saya juga percaya ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner mempunyai perancangan yang tersendiri bagi menghadapi saingan separuh akhir kedua ini dengan menurunkan barisan terbaik bagi menyaingi lawan.

“Harapan saya kepada seluruh peminat TFC agar sentiasa berdoa buat kejayaan TFC dan pada masa sama mengamalkan disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi ketika berada dalam dan luar stadium,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker