Tepati ramalan! KL City jadi ‘lauk’ JDT

Pemain JDT Arif Aiman Mohd Hanapi (kiri) meraikan jaringan kedua ketika menentang Kuala Lumpur City Fc pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. – BERNAMA

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) terus gah di puncak liga dengan mengekalkan rekod bersih tanpa kalah selepas membenam Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 6-1 pada aksi tertunda Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

Ia boleh dianggap kemenangan moral buat skuad kendalian Esteban Solari yang akan sekali lagi bertembung dengan pemain skuad bimbingan Bojan Hodak pada pentas final Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, 22 Julai ini.

Skuad Harimau Selatan tidak perlu menunggu lama membuka tirai jaringan apabila bola rembatan Leandro Velazquez tepat menuju ke arah Diogo Luis Santo yang sempat menampan bola untuk memastikan bola menerjah jaring sekali gus menewaskan Muhammad Azim Al-Amin Kamarudin pada minit ke-11.

Selang dua minit kemudian, JDT meledak gol kedua apabila bola sepakan jauh Shane Lowry tepat kepada Arif Aiman Hanapi yang bertindak mengawal bola sebelum merembat bola leret masuk di celah kaki Muhammad Azim Al-Amin.



Ketika aksi memasuki minit ke-35, tuan rumah menghukum kelemahan benteng pertahanan skuad The City Boys sekali lagi selepas bola sepakan lintang Davies menyaksikan Diogo melonjak tinggi menanduk bola untuk menewaskan Muhammad Azim Al-Amin.

KL City FC terus menderita selepas JDT mencipta gol keempat ketika aksi berbaki seminit untuk ditamatkan pada babak pertama apabila bola hantaran lintang Endrick Dos Santos tepat kepada Corbin Ong yang sempat mendada bola dan membuka ruang buat Diogo meledak hatrik pertama dalam saingan liga.

Bersambung babak kedua, KL City memberi tekanan terhadap benteng tuan rumah dan berjaya mencipta gol pada minit ke-54 selepas berlaku kekalutan di benteng JDT dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya Matko Zirdum untuk menendang bola tepat ke arah gol walaupun penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed cuba mengeluarkan bola tetapi penjaga garisan 1, Mohamad Zairul Khalil Tan mengesahkan jaringan itu.

Selepas berusaha untuk menambah gol di babak kedua, akhirnya JDT berjaya membolosi gawang pelawat selepas pemain gantian Safiq Rahim menyudahkan bola umpanan seorang lagi pemain gantian Juan Muniz pada minit ke-86 sebelum pemain gantian Ahkyar Rashid melengkapkan kemenangan bergaya dengan gol keenam dua minit sebelum tamat aksi.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM

Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya



Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker