Ribut di Kuala Lumpur, 6 kereta dihempap pokok setakat ini

 

Gambar Hiasan

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan kes pokok tumbang dilaporkan berlaku manakala enam buah kereta dihempap di sekitar Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, kes pokok tumbang berlaku di hadapan Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jalan Duta Mas 1, di sini.



“Selain itu, turut berlaku kes pokok tumbang mengakibatkan dua kereta jenis Audi dan Proton Pesona dihempap dalam kejadian di hadapan kondominium Mont Kiara Pines.

“Kes yang sama turut berlaku di Jalan Ismail Ghaney, Kampung Kasipillay yang melibatkan dua mangsa. Kedua-dua mangsa tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Sementara itu, kejadian pokok tumbang turutmenghalang lalu lintas di Jalan Lembah Duta, Taman Duta petang ini.

Dalam pada itu, sebuah papan tanda turut menghempap sebuah kereta jenis Axia dan tiga motosikal di stesen bas Jalan Duta, Taman Duta.



Tambahnya, terdapat tiga lagi kes pokok tumbang menghempap kereta yang dilaporkan berlaku di Jalan Kuang, Jalan Beruas Damansara Height dan Bukit Tunku sekitar ibu negara.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?

Najib lafaz sumpah laknat



Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker