TMJ ambil alih Valencia?

PETALING JAYA: Spekulasi Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu mengambil alih kelab bola sepak Sepanyol, Valencia hangat diperkatakan selepas membuat catatan mengenai cita-citanya di laman Instagram baru-baru ini.

Tunku Ismail berkata, Valencia memerlukan seseorang yang “dahagakan kejayaan”, sambil menambah beliau termotivasi untuk “mencipta sejarah”.

Valencia dimiliki Peter Lim, seorang jutawan dan ahli perniagaan dari Singapura yang berjiran dengan Johor.



“Saya bukan ahli perniagaan, saya seorang putera raja,” kata Tunku Ismail, yang menyatakan perkara itu dalam Instagramnya yang kini sudah tidak lagi kelihatan namun dikongsi melalui tangkap layar oleh media.

“Saya bukan orang yang akan mengubah logo atau tradisi kelab anda,” tambahnya.

“Apa yang Valencia perlukan? Anda memerlukan seseorang yang tahu tentang bola sepak, dahagakan kejayaan bersemangat, dan memahami betapa besarnya Valencia sebagai sebuah kelab,” tulis Tunku Ismail.

Gelaran Datuk Farid Kamil Ditarik Balik, Netizen Simpati Dengan Diana Danielle



Tunku Ismail, sudah memiliki Johor Darul Takzim (JDT) yang memenangi gelaran Liga Malaysia kali ketujuh berturut-turut tahun lalu dan merasmikan Stadium Sultan Ibrahim berkapasiti 40,000 penonton.

Lim’s Meriton Holdings membeli Valencia FC pada harga 420 juta euro (RM2 bilion) pada 2014, termasuk 200 juta euro untuk menyelesaikan hutang kelab.

Bagaimanapun, hubungan kelab itu dengan peminat kini semakin buruk selepas gagal mempersembahkan kemenangan selain berdepan masalah lantikan pengurusan.



Pada awal 2000, Valencia memenangi dua gelaran La Liga dan Piala UEFA, dan berjaya mara dalam dua final Liga Juara-Juara.

Namun, pasukan itu kini berada pada tangga ke-14 liga, hanya dibezakan lima kata dari zon penyingkiran.

Kelab itu kini bernilai 408 juta euro (RM1.9 bilion) sebagaimana laporan oleh firma perakaunan global KPMG tahun lalu.

Wakil Lim, tidak memberikan maklum balas segera ketika diminta mengulas mengenai Valencia dan AFP juga berusaha menghubungi wakil Tunku Ismail.



Dr Mahathir anggap TMJ ‘bodoh’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker