Gangguan seksual dalam LRT, RapidKL sahkan terima laporan



Gangguan seksual dalam LRT, RapidKL sahkan terima laporan

RapidKL hari ini mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada seorang penumpang wanita yang didakwa mengalami gangguan seksual ketika berada dalam tren LRT laluan Kelana Jaya seperti tular di media sosial, semalam.

Dalam kenyataan di Facebook, RapidKL menjelaskan, pengadu menaiki tren dari stesen LRT Pasar Seni, jam 7 malam, mendakwa kurang selesa dengan tindakan seorang lelaki yang berdiri rapat di belakangnya.

Katanya, susulan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pantai oleh pengadu hari ini.

“Pasukan tindakan khas, polis bantuan Prasarana sedang giat meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesahkan dakwaan tersebut. RapidKL akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan,” katanya.




RapidKL menyeru pengguna rel dan bas yang berhadapan dengan sebarang situasi cemas atau kurang menyenangkan agar terus menghubungi khidmat pelanggan di talian 03-78852585.

Semalam, tular di Twitter seorang wanita menceritakan rakannya berdepan detik cemas ketika menaiki tren LRT di Pasar Seni.

Dalam ciapan di Twitter, dia mendakwa lelaki itu berdiri rapat di belakang rakannya sebelum wanita itu lari ke arahnya dalam keadaan menggigil dan menangis. FMT

Gangguan seksual dalam LRT, RapidKL sahkan terima laporan


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis



Leave a Reply

Your email address will not be published.