Adam Radlan dijangka berdepan banyak lagi dakwaan berkait Jana Wibawa

Adam Radlan dijangka berdepan banyak lagi dakwaan berkait Jana Wibawa

Timbalan Ketua Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, dijangka menghadapi lebih banyak pertuduhan berhubung program Jana Wibawa.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ahli perniagaan itu akan berdepan dua lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok, dan satu lagi pada Khamis.



Manakala seorang lagi ahli perniagaan juga akan didakwa berkaitan program Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru esok.

Terdahulu, Adam didakwa meminta dan menerima rasuah RM500,000 bagi membantu MIE Infrastructure and Energy Sdn Bhd mendapatkan surat perjanjian projek pembinaan jalan raya di Perlis di bawah Jana Wibawa.

Dia mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Secara berasingan, Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, minta dibicarakan selepas dituduh menerima rasuah hampir RM7 juta berkaitan inisiatif Jana Wibawa.



Kedua-dua mereka ditahan SPRM semalam.

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, mendakwa partinya mangsa “pendakwaan terpilih” susulan dakwaan terhadap Wan Saiful dan Adam Radlan. FMT

Adam Radlan dijangka berdepan banyak lagi dakwaan berkait Jana Wibawa

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]

Nasi lemak janda muda tepi jalan laris



Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker